RESEPI TOFU SOS TIRAM

Sebelum akak nak  bagi resepi ni..akak nak bagitau alhamdulliah dah ada 2 orang sponsor baru.

1. telekung dari daydeck

Dan sponsor baru yang bagi RM iaitu darkbatman. 

Terima kasih buat tali barut akak ni.  Nanti akak fikir kat mana nak tambah lagi hadiah RM/wang tunai ni.
Jadi sekarang ni semua peserta kena edit balik perkataan ni..kena tambah ayat…

Contest- Gambar  Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)  adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara, nurazzah
dan  darkbatman

Ambil resepi ni dari fotopages http://mamafami.fotopages.com.
Akak suka juga dengan masakan stail cam ni.
Bahan2 :
2 silinder tofu lembut/tauhu jepun
1 biji carrot – potong memanjang (boleh ganti dengan apa jua sayur kegemaran) -akak ganti dengan cili banggla di potong kecil
6 ulas bawang putih – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk 
sedikit udang kecil
2 s/b sos tiram
1 s/k sos ikan
1 s/k serbuk pati ayam/ setengah kiub ayam
minyak untuk menumis
2 s/k tepong jagung + 1 cawan air 
akak tambah-bawang holland -dihiris dan sedikit serbuk lada hitam

Cara2 :
-Tofu dipotong 2 plastiknya dan picit ke tapak tangan. Siram air sket kemudian potong anggaran 1 inci ke dalam piring… kemudian goreng hingga kekuningan
-Panaskan sedikit minyak (minyak menggoreng tofu tadi pun boleh.. kurangkan minyaknya) dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi bersama bawang holland.Masukkan udang bersama serbuk lada hitam.
-Masukkan bahan2 sos dan serbuk pati ayam.
-Masukkan air tepung jagong tadi dan biar mendidih.
-Masukkan lobak merah (cili banggala)  dan biar sebentar.
-Rasakan garamnya.. kalau kurang masin baru tambah garam. Sebab dlm sos2 tadi dah bergaram.
-Kalau suka berkuah boleh tambah air lagi atau suka pekat dan berkuah boleh tambah tepong jagu ng lagi mengikut kesukaan masing2.
-Bila dah secukup rasa.. tuangkan sos ini ke atas tofu yg tersedia di dalam pinggan hidangan

6 thoughts on “RESEPI TOFU SOS TIRAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s