Eh tak sama ker?

Bila kami berkumpul semua dan pergi jalan-jalan anak  beranak..selalu orang kata..Firdaus tu muka dia tak sama dengan adik beradik yang lain.

Dah banyak kali dah orang kata camtu.  Kadang-kadang geram gak bila dengar.

Dulu masa akak mengandungkan Firdaus..akak suka sangat minum air kopi dan kalau makan nasi suka letak kicap.  Bila mengandungkan  anak-anak yang lain akak suka pulak minum susu dan air kacang soya.  Tak tahulah kenapa.
Entah kenapa..tak tahulah.  Kebetulan pula adik perempuan suami akak tinggal bersama kami.  Masa tu kami tinggal di Tampoi, Jay Bee.  Adik hb akak kebetulan warna kulit tak sama dengan hb akak.
Bila mengandungkan Firdaus, akak rasa tension sebab pertama kali berjauhan dengan mak, abah dan adik beradik.  Ashik nak marah ajer.
Bila nak bersalin akak balik ke rumah mak abah di Kuala Lumpur.   Nak baca lagi  kisah dia gi ajer ke http://www.kakinakl.com/2009/02/kisah-anak-ke-2-dan-kenangan-lalu.html
Dan bersalinkan Firdaus di Hospital Besar, Kuala Lumpur.
Masa first time tenguk Firdaus terkejut juga…apasal kulit dia gelap sikit.  Tapi tak apalah ..janji dia sempurna dan cukup sifat.
Bila meningkat dewasa, kebetulan badan dia sama besar dengan akak dan tak sama saiz dengan adik beradik yang lain.  Lagilah orang kata bukan adik beradik.
 memang tak sama kan..redha ajerlah

 Kalau berjalan berdua dengan Yana pun orang boleh kata Yana girl friend dia..ishhh sabar ajerlah..

Walaupun orang kata muka tak serupa tapi semua ibu/mak/ummi/mami/mama takkan membezakan anak-anak dia.  Betul tak?

Pasal minum air kopi, suka makan nasi dengan kicap , minum air soya dan minum air susu masa mengandung tu…tak tahulah akak nak kata boleh menjadikan anak kulit putih atau pun hitam. 

Mungkin iyer atau idak.

Teringat arwah mak mertua pernah cerita..anak arwah ada 12 orang..
Pun pernah orang kata kenapa kulit anak dia ada yang gelap dan ada yang cerah?
Bila di ingatkan balik jawapan arwah kepada orang yang bertanya..

Kalau kulit cerah tu…… time bulan terang..kalau kulit gelap tu time… bulan gelap..ada faham ker?

al fatihah buat arwah..

p/s …hadiah tambahan sagu hati RM10.00 cash/top up untuk 5 orang.

Terima kasih  Daydeck86 kerna sudi memberi telekung untuk peserta contest yang berjaya.

44 thoughts on “Eh tak sama ker?

  1. Takpe Kak Ina, anak Tifa pun warna kulit dia lain daripada mak bapak dia . Orang kata mana datang nya kulit dia ni . Sentap sikit . Tapi tak ape , yang penting cukup sifat dah kira syukur alhamdulillah.

  2. Takpe Kak Ina, anak Tifa pun warna kulit dia lain daripada mak bapak dia . Orang kata mana datang nya kulit dia ni . Sentap sikit . Tapi tak ape , yang penting cukup sifat dah kira syukur alhamdulillah.

  3. itulah namanya kepelbagaian😀 baru belajar tadi pasal genetic variation, masa spm pun ada jugak.dalam diri ssorg tu ada gene kulit gelap dgn kulit putih. tapi tgk gene mana satu yang lebih menonjol. kalau gene gelap yg lebih menonjol, gelapla die. macam saya. hahaha

  4. itulah namanya kepelbagaian😀 baru belajar tadi pasal genetic variation, masa spm pun ada jugak.dalam diri ssorg tu ada gene kulit gelap dgn kulit putih. tapi tgk gene mana satu yang lebih menonjol. kalau gene gelap yg lebih menonjol, gelapla die. macam saya. hahaha

  5. rasanya iras tu masih ada la kak walaupun lain skit rupanya…adik beradik….anak saya pun ada sorang si amin tu lain skit…kulit gelap skit pun orang selalu kata camtu…tapi saya just diam je….gelap pun tetap anak kita jugak kan kak….

  6. rasanya iras tu masih ada la kak walaupun lain skit rupanya…adik beradik….anak saya pun ada sorang si amin tu lain skit…kulit gelap skit pun orang selalu kata camtu…tapi saya just diam je….gelap pun tetap anak kita jugak kan kak….

  7. kulit saya & wife dua2 tak putih & tak gelap sangat. tapi anak saya memang putih melepak sebab mak saya pun putih. saya ikut belah arwah abah yang sedikit gelap. mungkin anak saya ikut nenek dia kut dari segi baka warna kulit.

  8. kulit saya & wife dua2 tak putih & tak gelap sangat. tapi anak saya memang putih melepak sebab mak saya pun putih. saya ikut belah arwah abah yang sedikit gelap. mungkin anak saya ikut nenek dia kut dari segi baka warna kulit.

  9. warna kulit dan saiz badan bukan penentu hubungan kekeluargaan…yg penting kalo buat ujian DNA serasi.hahaha…tadala, yg penting hubungan hati dan sayang menyayangi yang menjadikan mereka keluarga…

  10. warna kulit dan saiz badan bukan penentu hubungan kekeluargaan…yg penting kalo buat ujian DNA serasi.hahaha…tadala, yg penting hubungan hati dan sayang menyayangi yang menjadikan mereka keluarga…

  11. ena ni lagi la kak, dah la paling kecik.. muka pun tak sama sangat.. tai still ada iras2 tu.. warna kulit pun tak sama jugak.. sokmo kena buli kata anak angkat.. huk huk huk..

  12. ena ni lagi la kak, dah la paling kecik.. muka pun tak sama sangat.. tai still ada iras2 tu.. warna kulit pun tak sama jugak.. sokmo kena buli kata anak angkat.. huk huk huk..

  13. Dulu, masa kecik ada juga orang kata kat mak, muka mas lain sikit… tapi lama2 dah biasa dengan apa orang kata. Lagi pun wajah mas ikut wajah arwah tok wan… so no diffrent… hehehe.keturunan sama jer…Tapi mas tak suka kalau orang kata muka tak sama dengan familynya yang lain . Pada hakikat, sememangnya dia adalah anak angkat…Pasti terguris perasaannya..

  14. Dulu, masa kecik ada juga orang kata kat mak, muka mas lain sikit… tapi lama2 dah biasa dengan apa orang kata. Lagi pun wajah mas ikut wajah arwah tok wan… so no diffrent… hehehe.keturunan sama jer…Tapi mas tak suka kalau orang kata muka tak sama dengan familynya yang lain . Pada hakikat, sememangnya dia adalah anak angkat…Pasti terguris perasaannya..

  15. salam kak ina,bab minum kopi n minum soya tu kebetulan jer kot…coz biras deqlis kuat minum kopi masa ngandung anaknyer kuar puteh melepak-lepak… n kakak ipar pulak pulun minum soya byk2 masa ngandung ..tp bila kuar kulit tak melepak putih jugak… coklat jer..tp yg penting…hati baik n hepy family forever….tul tak?

  16. salam kak ina,bab minum kopi n minum soya tu kebetulan jer kot…coz biras deqlis kuat minum kopi masa ngandung anaknyer kuar puteh melepak-lepak… n kakak ipar pulak pulun minum soya byk2 masa ngandung ..tp bila kuar kulit tak melepak putih jugak… coklat jer..tp yg penting…hati baik n hepy family forever….tul tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s