Posmen Punya Pasal, Lambat Dapat Hadiah Harijadi

Akak baru terima hadiah harijadi ni hari Rabu lepas.

Hadiah harijadi tahun lepas  (bulan Disember) ni dah di poskan oleh member my resepi..tapi si posmen punyalah pandai  sehingga dia tak jumpa rumah.  Memang leceh kawasan rumah akak ni..lot bertarabur.  Sebenarnya posmen tu malas cari….nak kerja senang ajer.


Selalunya kalau akak beli barang yang besar terutama barang lama ataupun dalam kotak, mereka malas nak hantar kat umah, cuma tinggalkan sehelai kertas pastu suruh ambil kat pejabat pos sentul.  Malangnya hadiah hari jadi akak ni dia orang perap  begitu lama sekali dan akhirnya pejabat pos pulang balik kat pengirim di Petaling Jaya.

Akak pernah gak beli barang dari luar negara, walaupun kena ambil kat pejabat pos sentul..akak tak kisah.Entahlah tak tau nak kat apa.  Bila dah sampai balik ke pengirim, dia suruh akak gi ambil kat office dia.

Dek di sebabkan akak ni kadang-kadang sibuk mengalahkan perdana menteri, selalulah akak tak dapat gi ke pejabat member kat shah alam.  Dan tertunailah hasrat di hati bila dapat pergi ke office member  minggu lepas dan mengambil hadiah harijadi yang terlewat ni.

Apa pun terima kasih buat member Myresepi yang bersusah payah mengirim dan menyimpan hadiah harijadi akak tahun lepas.  Akak suka dapat bekas ramekin ni. Boleh isi macam-macam.

p/s nasib baik tak pecah kan…kalau idak sedih sih

32 thoughts on “Posmen Punya Pasal, Lambat Dapat Hadiah Harijadi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s