Hershey’s Classic Milk Chocolate Chip Cookies Recipes

 lupa pulak sape yang nak..nanti bagi akak.mula dari huruf A kot
 Buat lagi kukis chocolat chip ni.  Kali ni akak cuma guna mentega buttercup dan coklat chip dari kedai bakeri.  Bila dah siap akak tanya Firdaus dan Imran. 
Sedap tak..walaupun guna bahan yang biasa ajer
Sama ajerlah mak rasa dia..

Kalau camtu kan..kalau sape nak buat kukis ni tak ada modal banyak guna ajerlah bahan yang biasa ajer.  Kalau duit lebih bolehlah guna bahan berjenama.  
Resepi ni akak ambil dari belakang bungkusan hershey’s milk chocolate chips..

 Bahan-bahan
1 cawan mentega-lembutkan
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung naik sendiri-akak guna tepung ros
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu teh garam
2 cawan  hershey’s milk choklat chips-akak guna coklat chip biasa ajer
1 cawan almond cincang(bakar sekejap) (nak tukar yang lain pun tak per)
Cara-cara
1.  Panaskan oven 379 F.  Akak guna suhu 160 C (bergantung kepada oven yer).
2.  Pukul mentega, gula perang dan gula halus sehingga putih.
3.  Masukkan telur satu persatu dan putar lagi sehingga sebati.
4.  Campurkan tepung naik sendiri bersama badam cincang, baking soda, garam.
5.  Masukkan kedalam adunan mentega dan kacau rata.
6.  Masukkan pula almond cincang dan hershey’s milk coklat chips.
7.  Alaskan bekas pembakar dengan kertas minyak dan sudukan adunan kedalam bekas pembakar.
8.  Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang.

9.  Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

 satu untuk member Ira order, 1 untuk pembaca blog nak dan satu lagi untuk rumah.

p/s nak gi menjengkit kat time square jap..nuffnang ajak…

24 thoughts on “Hershey’s Classic Milk Chocolate Chip Cookies Recipes

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s