Resepi Kung Pao Chicken


suka letak gajus bebanyak..sodap

Dah lama rasanya tak buat Kung Pao Chicken ni..tu sebab kalau beli ayam akak suka simpan tang isi tu.  Kalau masak pun bukan nak anak-anak makan.  Jadi lebih baik simpan untu buat resepi ini.


Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus –
  •  30gram cili kering – pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland – potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 2 inci halia – di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala – potong lebar-lebar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam…angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi….

 Sekali-sekali pekena sardin sodap jugak kan…tak yah resepi yer..bukan susah nak masak pun.

12 thoughts on “Resepi Kung Pao Chicken

  1. sedap2x..deqlis pun suka mkn ni dl2..tp sejak dlm proses diet ni deqlis cut tak amik ayam.. hmm sardin?? lama jugak tak makan…td deqlis teringin belasah masak sardin ubah selera..sodap jugak.. asalnya nk buat inti karipap, di sebabkan kentangnya dh habis di masuk dlm gulai kari n sup tempohari…so sardinnya selamat laa kak….takde nyer buat karipap lagi hehe….http://ellismelia.blogspot.com

  2. sedap2x..deqlis pun suka mkn ni dl2..tp sejak dlm proses diet ni deqlis cut tak amik ayam.. hmm sardin?? lama jugak tak makan…td deqlis teringin belasah masak sardin ubah selera..sodap jugak.. asalnya nk buat inti karipap, di sebabkan kentangnya dh habis di masuk dlm gulai kari n sup tempohari…so sardinnya selamat laa kak….takde nyer buat karipap lagi hehe….http://ellismelia.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s