Sebelum Ke Party Vaseline

Selepas menghantar Firdaus aka manager akak di DIGI House Shah Alam, akak bergegas ke rumah member blogger  Aus.  Orang dah jemput , tak sedap hati tak pergi.
Dari Batu Tiga Shah Alam memang tak boleh ikut Federal Highways bila nak balik..sebab jalan sesak..

Akak guna lebuhraya NKVE pastu masuk DUKE..biarlah bayar tol dari akak terperangkap kat jalanraya dan buang masa ajer kat situ.   Dalam 35 minit dah sampai ke Taman Melati, Setapak. 


Bila masa jalan sesak camni rasa berbaloi gak guna highway bertol.
sebab apa akak pergi..sebab perut lapar..taklah..dah kenal dah Aus (pangkat anak ni) ..sekarang ni Aus dah cool down..jarang nak jumpa …lagipun rumah Aus dekat dengan rumah akak. 
Macam rumah orang kawin, macam-macam ada….akak makan yong tau fo, cendul dan satay..tapi makan sorang-sorang ni tak bestlah. Makan macam tak kenyang ajerlah.

Dari Taman Melati, terus balik rumah dan suruh Ira dan Imran bersiap nak gi open rumah jiran sekampung.
Rumah ke 2 ni…akak cuma jamah  sedikit bihun sup dan laksam.  Ada juga nasi dagang..tenguk ajerlah…
 
lepas  tu gi  pulak rumah sebelah (kebetulan buat juga open house di hari yang sama) walaupun perut dah kekenyangan..akak gi jugak..dah jiran sekampung..tak pegi tak sedap pulak..akak makan laksa sikit…ambil hati tuan rumah.
Pastu sibuk ambil gambar..jiran dan adik ipar ni belum makan lagi..mereka kelaparan..sebab gantung periuk dan kuali.  Bedal sampai kenyang..kan Usop dan Linda.
Kat sini memang mewah dengan makanan, ada lemang, nasi, roti jala dan kari daging, mee soto…kalau kelaparan memang akak ngap semua tu.
Imran dengan adik sepupu..malam party vaseline tu dia nak ikut…ishhhh mana boleh..terpaksalah pujuk dia..nak ajak dia gi jejalan bila cuti sekolah nanti..

nak buat camner Imran…mak ni kan hati muda..kih..kih… (sebab pernah terbaca kat  blog orang kata akak macam tu)

…ada akak kisah..janji suami akak izinkan..sayang abang..muahhhhhh

16 thoughts on “Sebelum Ke Party Vaseline

  1. salam.. men terjah blog ahkak heheh… of coz kak ina hati muda.. sonok baca blog akak…😉 byk info.. hope 2 c u 1 day la kak ina =) meh la main cak cak kt blog saya.. tq kak =)

  2. salam.. men terjah blog ahkak heheh… of coz kak ina hati muda.. sonok baca blog akak…😉 byk info.. hope 2 c u 1 day la kak ina =) meh la main cak cak kt blog saya.. tq kak =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s