Resepi Roti Nan


Bulan puasa lepas..suami akak beli roti nan dan ayam tandoori berserta kimma daging. Mak datuk harga sekeping roti nan ni dah naiklah..nak dekat RM2.00 sekeping.

Akak pun dah lama tak buat roti nan ni. Kebetulan ada buat kari ayam kampung. Buat sarapan untuk esoknya. Resepi asal dari mummyhamim2 dari myresepi.com..

Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )

750 g tepung gandum
250 g tepung naik sendiri
250ml plain yogurt (low fat pun boleh)akak gunakan susu cair pastu bubuh 2 sudu besar jus limau kasturi..pasal selalu lupa beli yogurt ni..
1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam bercampur 2 sdu besar gula)-akak tambah kepada 1 peket-11 gram dan akak tambah 5 sudu makan air suam.
2 sudu butter (akak gunakan 4 sudu besar minyak zaiton)
sedikit garam

Cara-cara

  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam-suam kuku bersama 2 sudu besar gula Tunggu dalam 3-5 minit sehingga yis timbul.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan…. campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan mentega lembut/minyak zaiton dan digaul rata.
  3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (jika adunan terlalu kering)
  4. Uli sehingga agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)-akak jadikan sebiji doh yang besar dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.
Kali ni hentam uli dalam food processor…mengada-gada tak nak uli pakai tangan..

Cara buat akak ambil dari N3 yang lalu…tak kuasa pulak nak ambil gambar kali ni..no mood.

Canai leper

dan bakar atas kuali (seeloknya kuali tak melekat-non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan.

suka makan roti nan banjir.

29 thoughts on “Resepi Roti Nan

  1. Wah.. rajinnya Kak Ina mengadun roti nan.. Boleh buka kedai kalau macam ni.. Tq sbb kongsi resepi.. Tak tau le bila nak mencubanya.. hehe.. Nur simpan je dulu buat koleksi.

  2. Wah.. rajinnya Kak Ina mengadun roti nan.. Boleh buka kedai kalau macam ni.. Tq sbb kongsi resepi.. Tak tau le bila nak mencubanya.. hehe.. Nur simpan je dulu buat koleksi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s