Adun Galas Meninggal Dunia

 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Che Hashim Sulaiman, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam sejak dua hari lalu akibat barah usus meninggal dunia petang ini.
Adun Semerak, Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.30 petang tadi.

“Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke kediaman di Gua Musang (Kelantan) selepas Maghrib untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

“Sekiranya pengurusan jenazah di sini (Hospital Al-Islam) berjalan lancar
maka urusan menghantar jenazah untuk dikebumikan di sana (Gua Musang) dapat dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu Che Busu Junuh dan Aida Zakaria serta 11 cahaya mata.

Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan. Gambar dari blog ibnuhasyim.com

Wan Hassan yang menziarahi Allahyarham petang ini menyifatkan pemergiannya satu kehilangan besar sebagai seorang kenalan rapat sejak mengenalinya 20 tahun.  Selama saya kenal dia, dia seorang yang baik, mudah mesra dan suka tolong orang,” katanya.

Allahyarham disahkan menghidap penyakit itu sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah. Susulan daripada itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain
DUN Nenggiri dan Paloh.

p/s wah ada pilihanraya kecil lagi ni…tentu semua bertumpu kat sini apabila adanya pilihanraya.

Sekali-sekali layan politik tak per kan.. 

5 thoughts on “Adun Galas Meninggal Dunia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s