Resepi chocolate chips ala famous amos lagi (guna bahan original)

Kukis yang akak buat dah habis licin..sibuklah anak-anak suruh buat lagi…sedaplah katanya..kembanglah hati akak..akak pun belilah coklat chips hersheys milk coklat dan coklat cadbury.   Saja nak rasa apa perbezaan guna bahan biasa dan bahan berjenama.

Ha kauuuuuuu..lagi cepat habis..terutama selepas keluar dari oven..dalam hati akak kata..nasiblah akak ni boleh buat sendiri kukis ni..kalaulah beli mesti pengsan sebab bukan murah coklat chips ni di pasaran..busuk-buskuk RM50.00 untuk seratus keping.

Kalau buat jualan bahan berkualiti tak per jugak..ni guna marjerin timbang..buat sakit hati ajer.  Tahun depan akak cadang nak buat jualan tapi harga tak tahu lagilah…sebab takut tahun depan barangan ni naik lagi.

Ada sape-sape nak order tak?

Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter-akak guna brand tantura
  • 1 1/2 cawan  tepung gandum-akak guna tepung ros
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 sudu kecil  soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips hersheys milk coklat (berganda dari harga kat kedai bakeri)
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (akak guna kacang pecan..tgk gambar kat bawah)
  • 1 sudu kecil vanilla
 

Cara
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Akak lebih suka alaskan dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. Jangan letak dekat-dekat sebab kukis mengembang dan jangan buat besar-besar..buat macam kecik macam kukis famous amous tu.
5. Bakar dalam 15minit  pada suhu 170 degree celcius. (akak guna suhu 150C dan bakar dalam 20-25 minit)..bergantung kepada oven masing-masing sebab akak punya oven banyak keciklah..

19 thoughts on “Resepi chocolate chips ala famous amos lagi (guna bahan original)

  1. Tq kak..sahre resepi…Bleh la try nih…Ya la kalau nak beli yg dah siap tu..mmg mahal pun..pastuh manis sgt lak tu..Kalau buat sendiri bleh adjust skit kemanisannya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s