Ziarah Menziarahi Amalan Mulia Di Aidil Fitri

Bila dengar dalam MHI tentang budaya ziarah menziarahi ni..akak pun setuju dengan salah seorang pemanggil yang menyatakan bahawa sekarang ni budaya ni makin pupus di bandar.  
 ziarah rumah kak long hari sabtu lepas di Gombak

Salah satu sebab kebanyakkan daripada isteri-isteri penat bekerja.  Rasa tak sedap hati nak menganggu mereka walaupun pada hari cuti hari minggu.  

Tu sebabnya mereka di bandar suka buat open house..senang nak panggil sekali rap (gus)..kalau kat bandar bolehlah..kalau buat kat kampung..tak tahulah mereka boleh terima ataupun idak budaya open house ni.

 rumah ke 2 di Hulu Kelang..lepas gi rumah member hb kat area situ..tapi dia tak ada kat rumah..
 akak kalau gi rumah sanak saudara tak tunggu open house ..pakai pergi ajer..kalau tak ada rumah dah kira tak dak rezeki.  Lagi satu akak memang paksa semua anak-anak mesti pergi  kerumah mereka.  Kalau nak di ikutkan mereka lebih suka duk kat umah lepak depan laptop ataupun duk umah tenguk tv..kang tak kenal saudara mara kalau tak nak pergi
Pastu gi jemputan kawin di Taman Titiwangsa (3)
Tapi yang pening bila ada sampai 4-5 jemputan dalam satu hari.  Kebetulan tempat yang nak pergi tu berjauhan daripada satu sama lain.  Masak kau…selalunya jalanraya jem giler..tension tau..sebab tahun lepas akak dah kena situasi macam ni.
rumah ke 4 di Taman Tun Razak
Open house di Taman Indah, Ampang pukul 1.00tgh..kami gi dulu ke situ…kebetulan ada member lama hb duk kat situ..singgah lagi..gedebak gedubuk lepas santap menyantap..nak keluar ke jalan Ampang dari situ…fengsan tau..ambil masa nak dekat 1 jam sebab jalan sesak.
rumah terakhir hari sabtu lepas ..rumah adik di Shah Alam..
tu pun balik dah nak dekat pukul 10.00 malam

Dari situ kami nak pula ke area perumahan di Shah Alam..jalan sesak di federal highway..dekat nak 1 1/2 jam tersangkut kat situ..tapi best gak sebab boleh cuci mata tenguk sape beli keta baru, baju apa dia orang pakai, banyak tak pakai gelang….pastu bergosip sementara nak hilangkan tension.


Sampai kat umah member di shah alam dah masuk maghrib..cari rumah satu hal..lepas makan..gi pulak jemputan open house kat rumah adik di shah alam juga..tapi nak sampai ambil masa 1 1/2 jam..adik ashik call tanya kat mana sebab dan nak dekat 9.00 malam.

Sampai kat umah adik dah pukul 10.00 malam.  Badan dah penat..lepas makan dah nak tengah malam dan akhirnya tidur rumah adik sehelai sepinggang…kenalah pakai baju adik yang besar dan cuci baju yang akak pakai malam tu juga.  Sabar ajerlah
 budak kecik yang ada di hari sabtu lepas

 Tu sebab suami akak kata..

Makan tak sampai 1/2 jam tapi nak sampai kat satu rumah ke satu rumah ambil masa berjam-jam
sape yang ada pengalaman kena cam akak..ceritalah yer

9 thoughts on “Ziarah Menziarahi Amalan Mulia Di Aidil Fitri

  1. kg pun dah mula ada budaya buat opn hse, tapi biasanya utk org yg bekerja dan tujuan nak panggil kengkawan sepejabat. bagi sedare mare, lawat-melawat kebiasaanya di raya ke 1, 2 dan 3… kan

  2. samalah kaktu yg prefer pergi pepagi buat ari ahadat least hari tu pergi 3 rumah yg lokasi dekat – dekat…klu kat sg buloh..mmg pergi yg dekat – dekat dgn situtka pyh tggu umah terbukatpi klu tak sempat nak abiskan raya ni,raya haji plak pulun lagi.tpi mmg pyh sbb skunk ramai yg bekerja.

  3. Tadi pg pun hot gak isu open house kat MHI. pd saya, open house satu pilihan dan kemudahan. bukan satu kewajipan. ia cuma memudahkan. sikap berziarah patut bukan hanya pd hari raya, tapi sepanjang masa. Jadi takda isu berkunjung-kunjung hanya pada hari raya. Yg paling penting berziarah rumah jiran dan minta maaf sbb nan jiran ni la paling senang nak buat dosa.hehehepasal nak join sponsorship, saya ok je. tapi kalo dalam bentuk buku bole tak?

  4. wah akak..sampai 5 rumah 1 ari.raya sakan..saya hampir2 je. ahad lepas p 4 umah. tu pun nasib rumah derang sebelah2 n dekat je.tu yg sampai 4 umah.tp akak lagi dasatla..hehe :PSelamat Hari Raya

  5. Mmg pun kak..kadang2 dari pg sampai mlm..letih duduk dlm keta..1 hari dapat 2.3 rumah ja kdg2 tu..Tu pasai kena plan baik2 punya sebelum berjalan..Kat Kl nih..besa mmg diorg buat open house ja..Senang..sama la sue pun..senang..tak letih nak melayan..Tapi kalau ada yg nak dtg waktu besa pun ok ja..kita ttp layan..hehehe

  6. salam kak ina.budaya ziarah-menziarahi ni masih kuat tapi di kalangan generasi remaja dah mula tak nak ikut orang-orang dewasa menziarahi sanak-saudara. lebih suka berlegar di rumah w/pun tv pun diorang tak tengok sangat.budaya open house pun dah menular ke kampung. kat sini pun ada. hari ni pun ada.ni kiranya kakchik datang menziarahi akak la ya sebab dah agak lama tak jenguk blog akak ni. dah terlepas banyak cerita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s