Resepi chocolate chips ala famous amos

satu tupperware untuk rumah,

satu tupperware untuk Yana dan satu balang untuk tempahan (luper nak snap gambar)

Oleh sebab bahan buat biskut masih ada lagi akak pun merajinkan dirilah membuat biskut coklat chip cara ni pulak. Kalau nak di ikutkan memang malas.Mana boleh 100% rasa cam famous amos..kang bangkraplah pulak kedai tu kalau ada yang secret recipes dia kan.

Resepi ambil kat internet..ada cerita disebalik resepi ni..kalau nak tau kenalah google search yer. Lain kali nak cuba pulak beli coklat chip dan coklat yang berjenama pulak.
Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter-akak guna brand tantura
  • 1 1/2 cawan tepung gandum-akak guna tepung ros
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
  • 12 oz. chocolate chips (guna beli kat kedai bakeri ajer)
  • 1/2 s/k garam
  • 9 oz. chocolate Cadbury (parut) -akak guna coklat jenama tulip
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cawan chopped nuts (akak guna walnut dan almond cincang)
  • 1 sudu kecil vanilla

Cara
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Akak lebih suka alaskan dengan kertas minyak dulu. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Jangan letak dekat-dekat sebab kukis mengembang dan jangan buat besar-besar..buat macam kecik macam kukis famous amous tu.

6. Bakar dalam 15minit pada suhu 170 degree celcius. (akak guna suhu 150C dan bakar dalam 20-25 minit)..bergantung kepada oven masing-masing sebab akak punya oven banyak keciklah..


14 thoughts on “Resepi chocolate chips ala famous amos

  1. Salam. Kak Ina, rakan Nur bagi resepi ni dan Nur bila Nur search internet keluar link dari blog Kak Ina. Nur dah pun cuba. Mohon izin untuk copy resepi ni ye.. Nur ada buat sedikit ubahsuai. Moga akak halalkan.. Terima kasih banyak kak kerana sudi berkongsi.. Sedap sangat cookies ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s