Wah Nuffnang Masuk Dalam SuratKhabar Kosmolah

Oleh sebab sibuk melayan tetamu dan ashik gi beraya tak berkesempatan nak baca kisah Nuffnang masuk dalam suratkhabar Kosmo.  Kalau nak baca gi ajer pasal pendapatan lumayan dengan nuffnang (klik ajer kat sini)
Sebagai seorang blogger yang terlebih rajin join event  (baca kat ruangan belah kanan) dan dah merasa mendapat pendapatan dari Nuffnang  (selaklah kat label A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best )  akak memang menyokong Nuffnang walaupun dulu pernah nak merajuk sebab susah nak dapat BE.
Alhamdulliah sekarang ni akak merasa dapat BE setiap bulan dan sekarang ni merasa gak dapat lebih dari seratus,
dan pernah akak dapat satu BE mencecah hampir ke RM100.  Kalau dah dapat Buffered Earnings ataupun dalam Bahasa Melayu Pendapatan Terumpuk kita mesti pandai tarik trafik seperti kata 
 sumber..Kosmo Online

 Timothy (Pengarah Urusan Nuffnang), blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog.

 Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

Dan akak bersetuju bila beliau menyatakan..

Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya,” katanya.
Jadi tepuk dada tanya selera..janganlah di fikirkan sangat  keuntungan bila berblog sehingga bila kita obses tentang nak dapatkan income tetapi tidak berjaya  sehingga kita akan berhenti separuh jalan sebab kecewa.
Kalau baca pengalaman top bloggers mereka memang bekerja keras sehingga menghabiskan masa berjam-jam di depan computer semata-mata nak update blog.  Kalau yang dah berkeluarga kita kena pandai bahagikan masa jangan sampai keluarga terabai Sokongan dari suami memang amat di perlukan.

Dan mereka juga bukan terus menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit dalam sekelip mata tetapi berusaha dari bawah.  Jadi bukan senang nak senang yer..berusahalah dengan penuh jujur dan ikhlas..insyallah pasti berjaya.

9 thoughts on “Wah Nuffnang Masuk Dalam SuratKhabar Kosmolah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s