Cerita ceriti sebelum dan selepas raya

 Sebelum balik ke kampung..kemas rumah dulu dan pasang apa yang patut.
Masa nak balik ke segamat pagi Khamis, alhamdulliah jalan tak jem sebab bertolak awal pagi..

Ingatkan nak cari daging kerbau..jumpa kat simpang ampat, alor gajah..tapi sayang dah habis.  Terlambat sebab dia cuma potong seekor ajer.  Daging lembu pun dah habis.  Beli kat tempat lain.

Cari tulang selangka pun habis..sampai suami akak kata….dia org ni raya makan tulang lembu ker?

Akhirnya jumpa gak tulang tapi bukan tulang selangka ..tulang bahagian lain..takut kempunan..belilah juga.  Pastu jumpa pulak ayam kampung salai di Pekan Gemenceh.  Lepas tu cari santan..tapi semua santan dah habis terjual.

Nasib baik ada kelapa kat rumah fil.  Dapatlah merendang daging.  Sampai ajer operasi masak memasak bermula.  Cuma 3 keluarga yang ada.  Yang lain tak balik hari tu.  Bila lepas buka akak pengsan kepenatan.
Macam biasalah di pagi raya..ada rendang daging (akak masak), ayam masak merah (sil masak), kuah lodeh dan kuah kacang (sil masak) dan ketupat.  Oleh sebab ashik berborak lupa lak nak ambil gambar.
Hati gembira bila Yana dapat balik beraya dengan kami…taklah macam tahun lepas..macam tak best ajer beraya.  Walaupun pulang hanya sekejap tapi kepulangan yang sunggu bermakna.

Duk kat umah ajer..makan…lepak…makan..lepak..cepatlah naik badan lepas ni..Belah petang  4 keluarga lagi sampai dan kami pergi beraya ke rumah abang ipar di segamat.  Habis licin kueh raya dibuatnya. Biras pun rajin masak nasi.


Lepas tu ke Hospital Segamat sebab anak buah akak masuk wad sebab demam tak baik-baik.  Fil yang sibuk nak tenguk sebab cucu dia ni duk sama.  Oleh sebab dah malam tak bolehlah naik ramai-ramai.
Suami dan fil ajer yang gi jenguk dlm wad..akak dan yang lain lepak kat luar tempat kecemasan…duit raya banyak..Imran dan Ira sibuklah gi ke peti minuman..sajer nak buang duit…
Tengah lepak ..terkezutt dengar bunyi siren..ni no ni nooo… pastu bawak macam nak merempit..laju bebeno..
 OOO patutulah driver ambulan pandu giler-giler …rupernya ada orang perempuan nak bersalin dari Batu Anam (dkt umah fil)..bestkan dapat bersalin pada hari raya..tentu ramai yang datang melawat nanti.
Teruk tul gambar ni (gambar lain tak dak)…tak perlah sekali-sekali muka kelakar..bergaya dengan handbag baru..Yana yang sponsor…oleh sebab ada yang boring dah makan lauk raya..malam tu ramai yang makan maggilah pulak.

4 thoughts on “Cerita ceriti sebelum dan selepas raya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s