Masak Lemak Ikan Kaloi aka Ikan Gurame

Masa kat Jakarta akak selalu gak masak ikan kaloi ni.  Kat sana mereka panggil ikan Gurame…akak selalunya bakar…kalau sape-sape pergi pergi ke Jodgajakarta lagi banyak orang bela ikan gurame ni..memang ikan gurame ni popular kat sana dan di bela macam ikan keli.  Dan kebanyakkan ikan kaloi di sana warna hitam.   Kat sini orang banyak bela dalam akurium. 
 Bila pergi ke Pasar Pagi di Greenwood terjumpa ada orang jual ikan kaloi warna putih yang di tangkap kat sungai Pahang.  Apa lagi akak cepat sambar sebab suami memang suka makan ikan sungai ni.
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kaloi-di potong 3
  • 10-15  biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 300ml santan pekat – RM2.00
  • 500ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
    2 batang serai-di titik hujung
  • 1 keping asam keping
  • sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ikan kaloi  dan perapkan dengan air jus limau kasturi (dlm 2 biji) dan sedikit garam selama 30 minit..
2.  Bilas semula ikan kaloi dan toskan.
3. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam  dan halia. Titikkan serai.
4. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama sedikit santan pekat yang telah di campur air ke dalam periuk.  Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
5. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli kaloi, asam keping dan daun kunyit.
8.  Masukkan lebihan santan pekat dan garam dan biar mendidih sekali lagi dan boleh di rasa dan di tutup api.

Kalau nak tenguk camner masak ikan keli salai klik ajer kat SINI

3 thoughts on “Masak Lemak Ikan Kaloi aka Ikan Gurame

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s