Resepi Biskut Sarang Semut

 Mood nak buat kukis dah datang.  Buat pagi tadi.  Dulu masa sekolah menengah pernah gak buat biskut sarang semut ni.  Pastu tak pernah buat lagi.  Bila buat biskut ni tadi..teringat kenangan masa buat biskut ni.

Kami punyalah tamak buat sampai 3 adunan.  Masa tu guna margerin planta ajer.  Masa tu mana ada duit sangat  nak beli mentega sebab mak dan abah gaji kecik.  
 Resepi rasanya ambil dari Majalah Wanita sebab mak memang suka beli majalah wanita masa tu.  Punyalah lama buat biskut dari pagi sampai nak ke tengahari.  Sebab masa tu pakai oven hitam cap kupu-kupu (butterfly).

Sejak tu serik nak buat biskut ni lagi.  Tapi bila pagi tadi oker  ajer..tak sampai pun 2 jam dah beres.  Nanti nak kena repeat sebab adik tempah biskut ni..pastu nak bawak ke rumah fil di segamat, nak bagi mak dan untuk makan sendiri.

Sumber Puan Hanieliza
Bahan

  • 250 gm butter -akak guna jenama anchor
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum…..]
  • 100 gm tepung jagung…….] di ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/teh esen vanilla

Hiasan

  • Sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil(warna-warni) -akak tukar ke badam cincang-panggang dulu
  • secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 

 ni untuk makan kat umah dulu ni..

11 thoughts on “Resepi Biskut Sarang Semut

  1. mama azwa selalu buat biskut ni setiap kali raya….leh dikatakan biskut wajib ada time raya….n azwa tukang parutnya'….heheheee…tp, skrg ni mama dah x buat dah biskut raya….sbb, kat rmh tinggal mama n abah jer….azwa ngan iman pun shari b4 raya baru balik…huuhuuumama kata, kalo letak ceri hijau dgn merah atas tu, jd lak 'biskut sarang burung'….betul x akak??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s