Resepi Puding Karamel


Anak akak si Ira ni dari 2 minggu lepas sibuk nak buat puding ni nak bagi member-member rasa masakan dia. Masa tu dia nak buat pukul 2.00 petang. Akak pun pot pet pot pet..marahkan dia. Mana sempat nak buat kalau dah pukul camtu. Ambil masa gak nak megukus dan membuatnya.


Minggu lepas akak bising suruh dia buat pagi. Oleh sebab dia ni bukanlah orang yang rajin dan first time ke dapur, akak kenalah tenguk. Kang entah jadi apa-apa. Aduhai …akak memang tak sabar kalau tenguk orang buat kerja lambat macam tu.


Akhirnya tertunailah hasrat di hati dia nak bawak gi asrama. Nasib baik sedap. Resepi ni dari Myresepi oleh Alia.


Bahan-bahan

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARAMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. (Rasa dengan jari tau)
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. (Akak tuang ke dalam loyang dengan menggunakan tapisan,,nak bagi cantik kat puding tu)
  5. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  7. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  8. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  9. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti a
    tercederalah pulak bila masukkan dalam bekas plastik ais krim ni

11 thoughts on “Resepi Puding Karamel

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s