Sperm aka berudu anak katak

Semalam lepas berbuka puasa di Istana Budaya…hb ambil kesempatan lepak sampai pukul 9.45 malam.  Mula-mula ramailah member perempuan kat office dia borak-borak..tapi lepas tu seorang demi seorang balik..al maklumlah ada anak dan suami kat rumah sedang menunggu.

Lama kelamaan tinggallah akak dengan Imran..ada lagi orang lain  dari pejabat yang berlainan..tak kenal takkanlah nak pot pet dengan mereka.

Masa tengah layan Imran minum air batu campur dia tanya


Mak..sperm tu apa?

Spermmmmmm ..apa tu!!!  Akak ingatkan dia tanya benda lain?

Ala macam berudu anak katak  nak jadi baby tu?

Ha kau…terkezuttt beruk akak dibuatnya…eh mana dia tau tentang hal ni…serba salah nak jawab.  Nanti mak tanyalah dengan member mak..besok mak jawab?

Mana Imran tenguk sperm aka telur katak ni..

Kat tv..tenguk macam boleh jadi baby…

Sabar ajerlah…Tolonglah bagi jawapan yang manasabah yer..Puas gak memikir camner nak jawab..sebab 4 orang yang dah besar tak pernah tanya soalan camni.


p/s macam lucah ajer ek N3 ni..

19 thoughts on “Sperm aka berudu anak katak

  1. hehehe…anak saya yang tahun 1 tu pernah gak tanya soalan yang mencabar macam ni…tapi dia tanya…baby tu datang dari mana?macamana mak dan ayah buat?huhuhu mencabar gak tuh….but saya just jawabbaby tu terjadi bila mak n ayah berkahwin lepas tu Allah tiupkan rohnya ke dalam perut mak supaya baby hidup….hmmmhmmm…tengok muka dia blur je tapi dia respon….ooooopastu dia tanya lagi macamana baby keluar dari perut mak?yang ni kakak dia yang jawabkeluar ikut bawah lahpastu dia tanya lagi bawah mana?kakak dia jawab…tempat kita kencing tuh…oooo dia jawab dgn muka confuse hahaha

  2. hohoho…susah nak jawap tu. time kecik dulu rasa tak penah tanya. tapi kalo kene tanya…sy jawap sperm tu wakil yg ayah bg kat mak untuk dapat adik baru. wakil tu bawak separuh hati ayah untuk di gabungkan dengan separuh hati mak. supaya adik kamu jadi orang yang baik mcm mak ngan ayah ni.hohoho.jawapan org belum kawin😛 tapi sebenarnya kita boleh cerita seperti mana yang diceritakan dalam al-Quran dalam surah al-Mukminun kalo tak silap. try tengok ka sini, proses kejadian manusia menurut al quranhttp://sayyidulayyaam.blogspot.com/2006/05/mukjizat-penciptaan-manusia-dalam-al.html

  3. salam k.ina.. wah3x… soklan dasattt nih… hehehe.. budak sekarang mmg advance.. zaza rasa citer ajer yg betul, tp jgn laa detail sgt lak kak.. ckp ajer sperm tu ada dlm badan lelaki.. kecik sgt mmg xnampak dgn mata kasar.. Allah jadikan dia utk jadikan baby, sbb tu org yang da kawen ada baby.. haa.. mcm mana baby leh jadi..?? yang tu kena 'kawen' laa.. sbb dalam badan pompuan, Allah jadikan tempat untuk baby tu duduk sblm dia kluar.. dah sampai masa nnti baru baby keluar dan jadi kanak2 macam aiman nih..🙂 haa.. ok x akak.. hehehe..

  4. Gitu lah kak ina, budak2 nak tau…insiden sama pernah berlaku, lagi anak buah saya siap eja..S.E.x tuu apa ucuuu..siap jerit koo, tu jam macam ada simen 10 tan lekat kat muka saya…hahahaha

  5. saya penah tanya soalan ni dulu kat mama saya…mak saya jawab..kalau kita kawin mmg otomatik allah bg baby sebagai hadiah…:)saya jugak penah tanya mama saya kenapa dia xsembahyang..mama saya dia cuti…saya tanya mama saya..mcm mana mama bole cuti?..mama saya jawab dia dapat surat soh cuti..hehe..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s