Artis Aida Aris Nak Kawin Lagi

Sibuk cerita artis bercerai …kali ni ada pulak artis yang bertemu jodoh setelah 4 tahun menjanda. Beliau akan kembali bergelar isteri bila akan melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu ni.

Sebelum berkenalan dengan bakal suami Aida pernah bercinta dengan vokalis kumpulan Handy Black, Zul tetapi terputus hubungan pada bulan November tahun lalu. Yang bagusnya mereka tidak membuka pekung masing-masing. Baguslah camtu.


Mungkin remaja sekarang tak berapa kenal dengan Aida ni. Dia dulu masa muda seorang pelakon fofolur ..sekarang ni berumur 38 tahun dan pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, pelakon dan penerbit rancangan televisyen, Bob Azrai pada tahun 2004 tapi sayang cuma bertahan selama 2 tahun.

Rasanya tak ada anak kot. Akak suka dengan lakunan Aida ni..selalu pegang watak orang baik ajer.

Salah satu lakonan beliau bersama Scha Alyahya dalam cerita Awan Dania 2 yang di tayangkan di Astro. Dan pernah berlakon dalam slot cerekarama di TV3 pada 25/7 bertajuk Ketentuan dengan memegang watak sebagai Norliza-Ashu.

Aida akan berkawin dengan ketua pramugara Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain pada sebelah pagi dan kenduri akan diadakan pada berbuka puasa di kediamannya di Taman Sierra Ukay, Ampang, Selangor.

Diperkenalkan oleh selebriti, Syarifah Haslinda dan suami Datuk Reezal Marican Naina pada bulan Februari lalu. Semuga rumahtangga yang dibina akan kekal abadi dan di kurniakan zuriat.

Kredit gambar : google

18 thoughts on “Artis Aida Aris Nak Kawin Lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s