Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde aka Kueh Kelepung

Kalau kat melaka ada yang panggil kueh kelepung.  Anak-anak panggil buah melaka..ada juga yang panggil onde-onde.
Buat buah melaka ni masa Yana masih ada lagi…suruh dia jer gi rebus dan golekkan kat kelapa…akak cuma duduk dan gentel.  Geli hati pun ada masa nak buat buah melaka ni.  Akak rasa akak kata campurkan tepung pulut dengan sedikit garam tapi dia letak gula lah pulak.  
Bila akak tanya ..dah letak garam ker belum?
Garam?  Kan mak kata suruh letak gula?
Biar betul..mak suruh letak garam!
Tak..mak kata suruh letak gula…Yana ingat ni resepi baru mak…
Iyerlah kot…tersilap cakap kot…puasa kan..

Nasib baiklah tak manis tepung tu..kang jadi resepi kueh barulah pulak.

 Bahan-bahan
  • 250gm tepung pulut
  • Sedikit jus daun pandan(3 helai campur air 1/2 cwan kisar..pastu tapis)-kalau malas beli ajer pes pandan chap koepe ..kalau dah guna pes tu tak yah guna lagi pewarna hijau.
  • Sedikit pewarna hijau
  • Kelapa parut yang putih di gaul dengan garam
  • Air secukupnya
  • Gula melaka di potong kecil-kecil

Cara-cara

  1. Gaul tepung dengan air pandan (air pes pandan)  yang telah di tambah garam sedikit.
  2. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.  Kalau tiada air daun pandan boleh gunakan pewarna hijau yang di campur dengan air.
  3. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik. 
  4. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
  5.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

    22 thoughts on “Resepi Buah Melaka aka Onde-Onde aka Kueh Kelepung

    1. Salam. Selamat pagiii K'Ina.. Kita panggil kuih buah Melaka je.. tak sangka ada nama2 lain.. T q K'Ina for d info.. Mengancam u kalerr dia.. klu dpt rse besttt nyerr..K'Ina ni mesti ingat kat Yana nun jauh 2 kan.. lagi la klu tgh wat mknn kan.. mesti trbayang2 'buka' ape la Yana.. sayanggg K'Ina..Ari ni nak cari la kuih ni kat bazar..kalau ade.. buat?!! alaaa maleh la takat makan 2 org kui3..

    2. Salam K ina.. sori sebab lambat reply..bz bangat..buat persiapan raya. Wahhh bestnya kuih buah melaka a.k.a Onde2 tu..yum3x peberet kita sekeluarga tu..

    3. baca entry akak nih teringat kat anak dara saya lak…saya pun pernah alami situasi yang sama…lain yang saya cakap lain yang dia buat…dia silap dengar ke saya yang silap cakap? confuse sudahnya…hehehe

    4. salam kak…sy mmg teringin nak buat kuih ni..xsangka lak bl singgah ke blog ni ada plak resepinya..insyaAllah akan di buat scpt mungkin.. =)xpenah palk org pgl kuih ni kuih kelepung

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s