Resepi Udang Rock And Roll

 Udang memang favourite kat umah ni…terutama kalau ada 2 orang anak perempuan kat umah.  

Resepi ni akak ambil dari blog ummi.Dan beliau ambil dari forum  Anekarasa

Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar – akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) – dicincang (*akak x letak)
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingang (tak letak)
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan
  • Akak tambah se batang daun bawang potong 2 inci
Cara Memasak:-
  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 – 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan  masukkan daun bawang dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

    Lepas tu boleh kita rock and roll ek..

18 thoughts on “Resepi Udang Rock And Roll

  1. ye la kak memang kena berjimat tapi dengar2 cite gaji bulan 9 tak dapat awal la sebab terlalu awal sangat..nasib baik la jugak kalau tak lagi terover budget hehehe…..sedap gak ye kak masak udang camni ada kelainan skit sebab letak tauchu leh cuba nanti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s