Resepi Cornflakes Madu/Honey Cornflakes

Wah..seronoknya kakitangan kerajaan dapat bonus raya aka bantuan khas kewangan sebanyak RM500 dalam gred 1-54 dan pesara kerajaan yang akan dibayar sebelum 1 Syawal 1431Hijrah yang baru di umumkan dalam berita tadi..memang mashyuk untuk beli baju raya, bayar tol dan bayar duit minyak kereta.

Tapi masa zaman akak kerja gomen dulu lagi best..sebab selalu dapat RM1,000.00..5 tahun yang lepas RM1,000 memang banyak tau. Kenapa sekarang ni ….sikit sangatlah..dahlah barang semua mahal.

Tahniah ek..bagi kakitangan swasta..sabar ajerlah kan…tapi rasanya mereka dapat gaji/bonus lagi lebat kot…betul tak?

Ala ..sape yang tak pandai buat cornflakes madu ni..rasanya semua orang pandai kan..anak akak Ira pun dah boleh buat.
Buat dah lama dah..baru terjumpa gambar..memang tiap-tiap kali raya kena buat sebab anak-anak suka makan..akak ambil resepi Mamafami Fotopages


Sumber : Baya
Bahan-bahan :

  • 90g gula kastor
  • 110g mentega
  • 6 sudu besar madu atau golden syrup
  • papercups

Campuran Cornflakes :

  • 120g cornflakes
  • pilihan(akak tak letak pun)
  • 120g bubble rice (yang plain bukan yang chocolate) 100g kacang/badam (bakar dulu sikit).

Kaedah penyediaan :
1. Masak atas api sehingga mentega, gula dan madu bercampur sebati. Sekejap sahaja. (Janji larut ajer tak yah mendidih)
2. Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
3. Gaul hingga rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam papercups.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 350 F selama 11 hingga 12 minit.


19 thoughts on “Resepi Cornflakes Madu/Honey Cornflakes

  1. wah kak entry kita sama la hahaha…memang ada jodoh la kita….saya dah buat dah anak2 memang suka…kak alia pun dah pandai buat hehehe…biskut kegemaran dia nih…buat je…. buka pose dah habis sebalang huhuhu

  2. TUmpang laki…saya nak Tanya…recipe, Bila kita dah bakar, adakah biskutnya faring Dan tak melekit? saya ADA buat recipe cornflakes madu.walaupun faring, terlalu melekit. tak Berapa suka mcm tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s