Masak Lemak Daging Salai Dengan Jantung Pisang (masakan kampung ajer)

Kan akak ado boli daging salai…jadi konolah masak..kang hb akak bising…

Dah ada stok taklah akak sibuk lagi nak menyalai lagi kat umah..kalau salai kat umah…bisinglah mulut anak dan hb..asap..asap…asapppp..sonang kerja beli ajo..


Kesukaan kat umah ni kalau masak lemak ni….kadang-kadang masak dengan pucuk ubi…kadang-kadang dengan rebung (semua tak makan termasuk hb..akak ajerlah yang kena habiskan) dan jantung pisang.

Ingat yer…orang N9 kalau masak lomak tak buh bawang ..betul tak?
Bahan-bahan

  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 600 gram daging salai
  • 1 biji jantung
  • 2 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat-bergantung kepada kepekatan yang di kehendaki..
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat dan disimpul
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan

Cara-cara
1. Buang kulit luar dan rebus jantung pisang bersama air dan sedikit garam.  Selepas masak toskan.
2.  Hiris daging salai nipis-nipis,
3.  Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai.
3. Masukkan santan cair  dan hidupkan api yang sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan….bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit dan jantung pisang yang telah dibelah 4 dan di potong kecil. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

akak layan seorang ajer cencaluk ni…gambar lama ni…
.kalau ada Yana dia makan jugak
goreng  pulak ikan lampam sungai
goreng gak ikan pekasam …jantung tu buat ulam
daging salai dengan pucuk ubi…menu minggu yang lain….kecur tak tenguk masakan akak ni….

23 thoughts on “Masak Lemak Daging Salai Dengan Jantung Pisang (masakan kampung ajer)

  1. ape beza salai dengan tak salai kak..lain ke rase nye?saye tak pernah makan daging salai..kat penang ni tak jumpe pun yang di jual.nak buat sendiri lagi la tak reti..

  2. Kecur kak….semua tu lauk favourite saya.Jantung pisang tu mesti ada sambal colek..berdentum best.Semua lauk tu best,kalau kat depan saya,tak tau mana satu nak makan dulu…berpinggan rasanya nasi saya telan.Rindu…gian!

  3. NAsib baik la bukak blog ni waktu yang betul…hampir nak meleleh air liur tgk masak lemak daging salai ngan ikan lampam goreng….sedappppnya…

  4. Aduhai..terbukak plak pepagi nie tgk daging salai.. ommakk aii.. cam teraso2 jo nie..hehehe..Botul laa tuh kalau org nogori buek masak lomak mano do pakai bawang2 nie.. cili padi tuh jo yg buek sodap eehh kan..🙂

  5. suka gak masak lemak cili api daging salai..mmg fantastic..tp kekadang ada bau asap sket..tu yg potong stim je selalu..papepun, masakan melayu mmg terbaekk..sy dh salin resepi akak ni :))

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s