Belajar Loghat/Slang/Bahasa Orang Johor

Akak memanglah anak jati Kuala Lumpur.  Dilahir dan di besarkan kat sini.  Tapi ikut kat surat beranak lahir di Kampung Sungai Paya, Bangsar, Selangor.


Bila mak dan abah buat rumah kat Setapak, akak bersekolah kat Jalan Kuantan, Jalan Temerloh dan Jalan Genting Klang.  Percakapan pun mestilah stail orang sini.

Dah jodoh dapat orang Johor…ha kau….(akak memang tak pernah tau gi ke rumah suami. baik masa bercinta ataupun masa bertunang, mak akak tak kasi…ada akak ceritakan camner kisahnya..nanti selongkarlah balik yer kalau sape yang rajin) bila ada perkataan yang tak faham bila first time datang ke majlis menyambut menantu kat rumah suami akak.



Bila dah habis majlis…mereka berbual-bual dengan sanak saudara.  Rasanya loghat orang Johor taklah sesusah loghat kat Pantai Timur atau pun belah Utara. ..cuma ada perkataan yang akak tak faham.  Terganga di buatnya.

Al fatihah buat arwah mil

Arwah mil berborak dengan fil…wah ramai sungguh orang rewang kat kerja kawin/panggil kita ni ek!


Akak tercengang…apa ker benda rewang tu…setelah di explain dek hb akak rewang tu gotong royong..


Bila nak tidur malam, akak penat ..sampai menguap-guap kat depan tv…..arwah mil kata kat suami..

Lan, gi ambil gebar kat dalam gobok/gerobok. Isteri kau dah sangap dah tu.

Ishhh apa ke benda sangap  tu…akak memang blurrrr..rupernya menguap.


Bila tenguk benda yang di ambil dek hb..oooo selimut dalam almari baju.


Bila pergi jelalan lepas kawin..suami ajak gi ngeteh kat kedai..maksud dia lepak sambil minum air kat kedai, warung ataupun restoren.


Bila adik ipar kata…abang lan..nanti balik bawak jajan…rupernya makanan ringan.  Deras balik tau (cepat)


Bila tiba akak jejalan dengan suami masa lepas kawin…dia orang ingat akak gi berendut  dengan endut..(gi dating dengan pakwe/makwe)



Bila hb jumpa dengan member-member sekolah dia orang selalu guna perkataan lebih kurang camni (contoh ajer yer)


Ali jom sarap (sarapan) ker belum? 


Janlah (jomlah)  lepak (duduk kejap)..kau jumpa ada Hamid tak?  Dia tu  dahlah ireng (kulit hitam),  bongok (bodoh), pastu bigor (gila-gila)  dan gonjol (gila-gila sikit) pastu suka pakai sepatu (kasut) ataupun selipor (selipar) lain-lain, suker pulak tu berlenggeng (tak pakai baju).  

Dahlah suka kokak (benda dah tak elok) buah semangka (tembikai).  Kalau main suker mengelat (suka menipu).  Lepas dah kalah suka cembeng (kuat menangis).  Dahlah pengkor (tak pandai baling ataupun tak pandai main sesuatu permainan). 


Dulukan dia noreh (menoreh) kat kebun getah..sekarang ni dah nyawit (pergi ke kebun kelapa sawit).  Lincah (cepat) dia buat kerja.


Sekarang ni dia dah kawin dah.  Dah  pandai gendong (dukung) anak dah.  


Bini dia jual epok-epok (karipap) kat warung depan tu.


Dah faham ke idak bahasa johor ni..sekarang ni akak dah terror dah.  Pasal lepas dapat anak pertama akak duduk kat Jay Bee nak dekat setahun lebih.


Tapikan bila arwah mil  dan fil (dua-dua asal dari muo) speaking jawa terutama jawa halus…lagilah akak ternganga..kalau waras, wes tu tahulah akak..sebab dulu masa duduk kat setapak ada gak bercampur dengan keluarga jawa.

Mungkin ada lagi kot loghat Johor yang akak tak pernah jumpa?  Kalau setakat perkataan ek tu tak payahlah..akak nak tau slang yang lain pulak.

39 thoughts on “Belajar Loghat/Slang/Bahasa Orang Johor

  1. salam kak ina,sy org perak..tp x de slanga..huhu..bukan nak belagak..cuma disebabkan duduk berpindah-randah ikot mak/abah yg slanga bercampur2..kejap duduk pahang, kejap duduk selangor..:)tp sy paling suka sebut perkataan PEGANG mcm sebut PERAK..

  2. Salam k.ina,Selamat berpuasa. Wah..dah cekap akak ckp Johor, ek. Kita org Johor sejati mmg respek abis. Cuma klu org lain ikut sebut dgn hanya melalui ejaan/tulisan mungkin takkan sama ek.Sebenarnya banyak ckp Johor bercampur baur dgn bunyi jawa, Sarap, ngetih dll. Kita org Johor klu sebut Muar – Muor, besar – besor, bola – bolo dan banyak lg.Tahniah le dpt jodoh org Johor. Org Johor baik..ek!

  3. Mamawana lahir kat Ganu, skoloh kak Ganu gok. Haghi2 Makang ikang .Besor balik Peggok.Ater udoh jadi oghang Peghak. Minum ayor, makan gulei tempoyok dlm peghoyok. ke ulu ke keyor, komer.Skrg kerja kat KL. Anak2 membesar di KL. Hmmm….. seronok. Suker loghat Kelate, royak molek sikik.Suker Loghat Penang. Makan ayaq makan pasemboq. Suka belaka. Ihikkksss…

  4. salam kak ina..tergelak kita baca n3 nie..tu la gaya bahasa org johor..paling pekat..org muo..hehehehuruf'r' dalam ejaan kat belakang tu silent..so kalu gebor..sebot pun bunyi gebo..hiks

  5. hohoho…semangat!saya orang johor, slalu kene gelak bila saya sebut perkataan2 dr johor :)en3:Anda selalu sakit pinggang? jom baca terapi dan rawatannya di MyThought

  6. Salam K ina.Lyza anak jati johor tp skrg duk kat KL. Loghat johor byk yg dh campur2 memandangkan kt johor ramai org bugis, jawa & banjar. Satu perkataan je "gerekkk seh" (hebatla/bestla)perkataan dr spore sebenarnya tp kwn2 kt johor suka guna perkataan ni..hehe

  7. salam kak ina…lawak la n3 akak ni-sy dok senyum sensorang dpn lappy🙂 org johor ckp campur2 ngan bhs jawa kan kak…*peti ais/esbok org johor ckp kak…cuba teka-hehehe…***************************************gobok air batu🙂

  8. ellis lahir kat batu pahat..tapi menetap di melake..nak p batu pahat tu ade lah berpuluh tahun skali..ekeke..so, now dapat husband orang batu pahat pulak..ekeke..jodoh kot..hari tu husband cakap die nak ngeteh..ellis pon pelik..ape bendenye ngeteh tu…rupenye geteh tu minum..haha…

  9. Sikit2 macam sama jek dialeg perak.. kalo sana gebar tp kami sebut gebor.. gerobok pun ader..ngeteh pun ada… pendek kata johor, perak ngan pahang ader bau2 bacangla bunyi nya.. cuma kalo ikut daerah memang la piyor bunyinya.. Ate..kak ina x nak belajor bahasa peghak x..

  10. Terharu ada org kolumpo dedicate entri nih utk org Johor.. saya org Muo kak.. umah atas sket dari pasor besor tuh. klo turun bgtau ler boleh ngeteh :)Btw, kalau duk dalam Johor mana² negeri, jgn tkejut kalau org cakap nak pergi Johor walhal mmg dah dalam Johor, itu bermakna nak pi Johor Bahru la tuh ;pLove,PojiePooh Abdullah

  11. 1st time dgr gobok air batu tu sy punya la tercengang…apa benda tu?!…*akak…org jb plak ade yg ckp campur skit singapore..cth: jgn nak temberang=jgn nak bedek…bagus/best eyh=gerek seh🙂

  12. Salam kak..N ni mmg asal kedah..tapi dok johor dah lama 32 tahun..so mmg jadi org johor sgt dah ni..antara lain N tau..org belah mersing/endau sana cakap pedaah = bohongBaral = degilUngkal..terejal = degil sgt2Bingai = ala2 bodoh gak gitu arLempor = baling sesuatu bendamerot = pagi² buang air(sensor lak)pengor = ala² mcm bodoh² gak arGembeng/cengeng = skit² nangis..tu je la yg ingat takat ni..sbb akak dah sebut kat atas tu pun..kalau silap maaf jer la ek..

  13. nasib baik org johor..kalau kelate…abislah kak ina…sy kawin org johor baru jumpa nasik ambeng..tak pnh rasa…gebor tu betulla selimaut & bila nk gi Jay BEE dorg ckp nak gi Johor..sy kata, aik bukan ini Johor ke…rupanya dorg tak prnh sbut johor bahru…betul ke kak ina?

  14. Kak Ina,Very good entry ni..I tersengih-sengih bila baca and rindu pulak rasanya kat kampung.I ni nyonya Melaka tinggal kat kampung where my family is the only chinese in the kampung.So,almost all perkataan yang akak senaraikan tu very la familiarnya kat saya.Lagipun,ayah and emak angkat I orang Jawa duduk kat Merlimau yang neighbour dengan Muar.Lagilah I fasih dengan the slanga ni.Thank you kak mengingatkan saya dengan kampung halaman.If you are wondering,I sekarang ni dah duduk kat NZ…lagilah I appreciate anything that is related to home.Have a nice weekend and selamat berpuasa.

  15. salam kak ..uhuhuh samo le kite kak.. zura pun bile dh kawin dgn org johor ni , kene2 le paham (walau xbape paham ).. tp bile balik ganu, cik somi plak kene bukak kamus heheheh

  16. Kak inaaa….cutenya akak..macam awek jepun pun ada….lagi satu kalau tak silap saya.."lecha = cadar"…erkk kalau salah, mati lah kena buang negeri kang…tak moo..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s