Nasi Ayam/Lemon Rosemary Honey Grilled Chicken

Dari petang tadi akak cuba nak buat N3, entah kenapa tak boleh..geram tullah..ni baru dah ok.

Buat nasi ni senang ajer , walaupun nampak macam banyak ajer bahannya.  Kalau buat nasi ni , suka akak tenguk sebab anak-anak makan bertambah.  Tak yah buat sos dan kuah kicap pun.
NASI AYAM IPOH

Bahan Utuk Nasi:-

  • 3 cawan beras basmati (rendam 20 minit dan toskan)
  • 4 1/2 cawan  air rebusan ayam
  • 2 inci halia*-akak potong lebar
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia…yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega atau marjerin

Bahan Untuk Sup:-


  • air secukupnya-dalam 1-1.5 liter
  • 3 ketul ayam di potong kecil (akak guna juga kaki ayam,leher ayam)
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 kiub ayam 
  • 1 bungkus sup ponjot adabi
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • garam secukupnya
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit minyak


Cara-cara
1.  Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.  Masukkan minyak dan tumis empat sekawan dan kacau.
3.  Kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk, kacau sebentar dan masukkan ayam yang telah di potong kecil.

4.  Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih dan masukkan kiub ayam, garam dan serbuk lada sulah.
5.  Selepas 15 minit bolehlah ditutup api.

Method Untuk Nasi
1.  Mula-mula masukkan majerin/mentega  dalam periuk elektrik, biar ia mencair.

2.  Kemudian masukkan bahan-bahan  yg telah di blend, biar naik bau. 
3.  kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. 
4.  Kacau-kacau  sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.
5.  Bila nasi dah masak, kareh (kacau) dengan chopstik.

Akak buat makan dengan ayam lemon madu panggang ni.  Lemon akak hiris-hiris dan ambil jus lemon sedikit dan campur dengan madu.



Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • tomato-hiris bulat
  • 1 biji lemon-hiris bulat
  • 1 biji bawang besr-hiris bulat.

Cara-caranya


1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.

3.  Sebelum di bakar masukkan hirisan lemon, tomato dan bawang besar.
3. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

8 thoughts on “Nasi Ayam/Lemon Rosemary Honey Grilled Chicken

  1. huh.. ini boleh mendatangkan selera makan ni kak :Dbtw.. dah dpt dah perencah soto tu tapi tersalah brand. tatau la sedap ke tak – mak saye cakap sedapnnt saya pass kat akak eh

  2. Kak tanyer sikit?? Untuk halia tuh akak blendkan jugak ker?? Tengok pakai hiris jerr…?Air rebusan ayam tu,akak buat sendiri atau pakai Kiub.Cehhh..hehe..Jai pun minat masak..setakat nasi minyak, ayam masak merah, kurma, dalca ,masak kicap semua dalam kepala..biasa masak main tabur jer kak..heheTak tahan tengok ayam tuhh..meleleh air mata nengok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s