Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Bila gi ke pasar ramadhan, tak leh tahan kan kalau lalu tempat orang bakar ikan ni.  Semerbak baunya..mengancam selera dan anak tekak. 

Akak buat lagi cencaru sumbat sambal penyet ni..kali akak bakar dalam oven ajer.  Tak kuasa akak nak hidupkan arang.  Malas uuuuu.  Kalau nak goreng pun boleh yer..kena pastikan minyak banyak dan panas.
 Bahan Utama 
  • 5 ekor ikan cencaru di belah belakang.  
  • Daun kunyit secukupnya

Cara hendak membuatnya

  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan alas dulu dengan daun kunyit dulu baru di bakar dalam suhu 180 C dalam masa 30-40 minit.
  • Enak di makan panas-panazzzz…

Untuk Sambal (akak gandakan 2 kali)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
  • sedikit minyak 
Cara menyediakan sambal
 1.  Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2.  Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan,  Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam. (Akak pakai f/p ajer)
3.  Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis.  Pastu sumbat dalam ikan guna sudu.  Kalau tangan tu power tak pijar ..guna ajer tangan.

13 thoughts on “Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s