Jangan Ingat Belajar Kat India Teruk Yer!

Masa ambil report card Ira bulan Jun lepas…akak datang cepat.  Kat depan akak adalah 2 orang lelaki duk berborak pasal anak nak gi belajar  ke luar negara.  Akak pun tadahkan telingalah.   Mula-mula mereka cerita tentang interview pasal  nak dapatkan biasiswa JPA .  Mungkin kat PICC di Putrajaya, macam Yana pernah pergi  dulu.

Masing-masing hendak anak mereka yang minta kursus medic/pergigian (tak boleh paksa sebenarnya, biar mereka sendiri yang pilih) kalau boleh dapat pergi  kat tempat yang best cam Australia, UK dan Ireland.

Mereka tak nak anak mereka pergi ke negara india ataupun indonesia, macam-macamlah mereka bagi pendapat tentang 2 negara ni.  Siap kata, kalau anak dapat tempat kat situ, mereka  nak gi merayu.  Ingat JPA nak layan ker kalau kita orang biasa ni..kalau tak nak  belajarlah kat situ ..ramai lagi yang berminat nak pergi.

Wah bila dengar cerita ceriti mereka ni..akak pun benganglah.  Memanglah sape yang tak nak anak dapat belajar tempat omputih tu..tentu bila orang tanya rasa cam bangga sebab dapat belajar kat tempat ada class.

Masa dapat tau Yana di tempatkan kat negara India tu..aduhai akak rasa down sungguhlah.  fikir macam-macam.  Banyak fikir negatif dari positif.

Rasa cam taknak bagi dia pergi ajer, tapi fikirkan balik macammana susahnya Yana masa gi  interview dan berapa ribu orang yang mencuba nasib pada masa tu, akhirnya akak bersyukur. Bukan sedikit biasiwswa yang dia dapat dan dia rasa bertuah sebab terpilih di antara ribuan pelajar lain. 

Masa baru tiba kat situ, memanglah dia macam rasa tak best ajer dengan persekitaran macam tu.  Tapi kat orang, lama-lama rasa cam biasa dah.  Bila balik kat sana pun dia taklah menangis dan memberontak.  Akak pun dah tak risau lagi.

Jadi buat ibubapa yang anak mereka yang di tempatkan kat India, janganlah rasa sedih yer.  Buat pelajar-pelajar pulak,  jangan pula rasa macam down bila di tempatkan kat India tu…bersyukur sebab terpilih, ramai lagi yang merasa kecewa.

Jangan pulak ibubapa sibuk panjat JPA nak mintak anak mereka dihantar ke tempat yang best tu..takkan dapat kecuali ada cable besar kat situ (akak tak tuduh yer, ada orang yang bagitau, sebab dia ada pengalaman kena camtu).

Akak cuma berdoa agar beliau dapat menghabiskan pengajian beliau dengan cemerlang.  Syok juga bila Yana balik sebab jadi orang kaya, duit biasiswa banyak lebih sebab perbelanjaan kat situ  tak mahal. Memang banyak berlebih setelah di tolak duit yuran, buku dan segala benda remeh temeh.

Tak lah menyusahkan kepala mak ayah sebab sibuk nak kena hantar duit tiap-tiap bulan sebab duit biasiswa tak cukup sebab kos living yang tinggi.  Kalau mak ayah bekerja ..adalah duit..kalau duk kat kampung kerja susah dan adik beradik ramai, tak ker haru dibuatnya.

Sekarang ni Yana boleh simpan duit  dan boleh belanja mak, ayah dan adik beradik.  Bila balik boleh belikan macam-macam, best-best pulak tu.. termasuklah belikan cenderamata yang best-best untuk kami kat sini.  Jadi jangan ingat belajar kat India tu low class yer.

30 thoughts on “Jangan Ingat Belajar Kat India Teruk Yer!

  1. kak ina..dulu aty penah keje ngn doc..doctor tu dia belajar kat india ..jurusan medic..doctor tu kata india tlh melahirkan ramai doctor..yg bagus2.. ubatan dari india adalah pure..byklah doctor tu citer..masa dia belajar kat india..besh je aty .dgr..

  2. Salam kak ina,Beruntung yana. bukan semua org dpt peluang biasiswa, apatah lg dpt merasa belajar kat negara orang.Betul tu kak. Yg penting anak2 cukup duit nak blaja, makan. Kat univ tempatan pun, selalu dgar kisah budak2 dapat JPA, duit still tak cukup2.

  3. Salam Ramadhan Kak InaAlhamdulillah Yana terpilihmoga dia menjadi anak yg solehahanak saya duduk di ibu kotasarahidup tinggiwalaupun dapat pinjaman tapiselalu juga saya kena topupWassalam

  4. Ramai pelajar2 dari sana pun orang cerdik pandai. Aik… tak kan la mereka tue tak tahu yang microsoft tue pun pencipta nya pun sebenarnya dari India, bukan nya Bill Gates…Belajar kat india pun OK. Yang belajar kat negara orang putih tue yg kena takut sebab ada setengah anak2 tak mau balik Malaysia…

  5. salam kak ini, belajar kat mana2 pun lebih kurang je.. yg penting niat tu.cuba pikir balik, cmna la org luar negara yg dapat stdy kt malaysia ni if diorang pun anggap benda yg sama mcm tu..

  6. betul tu kak..kalau tolak ari tu sure sampai sekarang x dapat lagi tawaran kan…kita pun patut bersyukur dah terpilih..adik Lisa..cuma nasib menyebelahi dia..dia ditawarkan ke Unimas Sarawak..masih dalam negara..itupun homesick 2 minggu..dok call nangis2 sebab x sesuai dengan makanan kat sana..sekarang ni dia lah org paling happy..hui..rindu kat dia…

  7. salam kak ina,ada btul tuh kak ina cakap…pasal kabel astro dan kabel kepala paip ni mmg wujud…hahhaha..tp pendek cite, Allah maha adil kan, tahu yang terbaik utk kita….

  8. loorrr ada gakk yg mulut capoii yerk.. bukn senang kan nak dpt gi belajar tu.. syukurr sgt2 kan dpt mana2 pun….tak kisah kat mana2 yg ptg leh timba ilmu dan luas pengalaman… pada kakak belajar rajin2 yer…

  9. Salam kak ina..sebenarnya Indialah negara paling bagus bab perubatan..ramai dah doctor lahir dari negara tersebut..mungkin rezeki adik nurul dapat sambung study medic di Indonesia dan Rusia..nak buat mcm aner dah Jpa tetapkan so pergi ajelah…kalau dah banyak kerenah sangat tak yah pergi belajar aje dalam negara ni..lagi 1 kalau duk negara mat saleh niyang kemajuan pesat takut lupa diri pulak dah dok negara tu so ada baik dan buruknya duk negara orang putih ni hhehehe

  10. selamat berpuasa kak ina….memang la kak tak kira di mana belajar sebenarnya sama je…cuma kita sebagai ibu bapa ni risau je lebih…kan…apapun doakan je la dorang berjaya…kan kak

  11. Uihh..anak kak ina India kat mana? Uihh..pekena bryani kat agra sodap wehh..rasa2 india ok aperr..barangan murah banget..pernah beli pashmina kashmir kat sana baru 11 hengget kat sini dulu lebih 50 hengget..saya sukalah sana

  12. sala kakkalo xbgs tak kan India jadi tmpt belajar perubatan kan kakkelebihan belajar kat India,akak pon dah merase :)dunia ni mmg kejam kak,xde siapa2 yg ade kuase..siapa nak pandang..anak akak pandai ckp hindi tak?

  13. Salam kak Ina.Beruntung yana dapat menimba pengalaman di negara orang. Macam saya cuma belajar di negeri sendiri jer. Tapi ibu bapanya mesti risau kan berjauhan dengan anak?

  14. adik sedara sy buat medic kt sana baru thn 2..loaded..siap belikan kain sari dan cenderamata macam2 yg ala2 mahal gak la kt sini..sama la mcm yana tu boleh bg kak ina mcm2

  15. salam kak, saya ni baru je blog walk kat blog akak cari resipi..dulu saya dapat offer jugak buat medic kat ireland.. tapi saya mintak bukan bawah JPA, saya g mintak sendiri, g education fair, interview ngan mat salleh, sampaila dapat offer. tapi tak dapat g sebab kewangan lah. kos dia lebih kurang semua sekali dekat sejuta jugak sebab fees sahaj dah nak cecah 500k, tu pun 5 tahun, kalau 6 tahun tambah lagi. kalau lah saya tau peluang nak ke india, dah lama saya cuba sebab saya dengan kata india melahirkan ramai doktor yang bagus2. apa pun sume ada hikmahnya. InsyaAllah anak akak akan jadi doktor yang baik walau belajar di mana pun. amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s