Udang Goreng Mentega (Versi Ke 2)

 Ala sorrylah.  Sebab tajuk  pagi tadi macam gempak ajerkan..tu tajuk orang jiwang tu. 
 Dah sibuk ker ibu rumahtangga nak fikir masak apa yang best untuk suami dan anak-anak makan.
Dulu pernah cuba buat udang goreng mentega tapi stail lain.  Kali ni  akak ambil resepi kat suratkhabar Harian Metro.  Resepi dari Chef Ibrahim Shiddiq dari Tanjung Seafoof, Ampang Waterfront kat sini.
Menurut Chef, udang tidak perlu di buang kulit kerana kulit udang adalah rahsia kesedapan serta kerangupannya.
Bahan-bahan
  • 300gm udang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih-dicincang halus
  • Cili api di hiris serong-ikut kepedasan yang di ingini
  • 2 biji telur (pukul sebentar)
  • Tepung Jagung (untuk di lumur pada udang)
  • 250gm mentega (akak guna buttercup)
  • Daun kari-ikut suker
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya

1.  Basuh udang dan toskan.  Celupkan udang seekor demi seekor ke dalam tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas.  Toskan.
2.  Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan kacau sehingga naik bau.
3.  Masukkan telur ke dalam mentega yang telah di panaskan, kacau campuran mentega dan telur (akak gunakan garpu..putar-putar banyak kali) sehingga campuran tadi bertukar warna dan menjadi buih yang banyak.
4.  Masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari ke dalam campuran telur dan mentega tadi.
5.  Setelah naik bau, campurkan udang yang sudah digoreng tadi dan kacau sehingga pekat dan bahan tadi tersalut pada udang.
6.  Angkat dan toskan dalam penapis.  Biarkan minyak udang mengalir dan campuran telur dan mentega melekat pada udang.

7.  Bolehlah di hidangkan.  Sedap di makan panas-panas.

17 thoughts on “Udang Goreng Mentega (Versi Ke 2)

  1. Salam kak Ina…da teliur tgk udang mentega…first time makan kat Island Red Cafe…time tu ingat nasi goreng ngan udang beso2. last2 dapt ns putih ngan udan biasa 3 ketul…hage takyah cakap ar. dapat dinerplate satu ngan cezy wedges!…sampai ari ni teliur nak rasa yang sedap.huhuhu…Jemput ke MyThoughten3: Tau tak solat baik untuk jantung anda?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s