Ku Relakan Pemergianmu… Kami Redha

 Imran kalau Yana nak balik ke sana..mesti muka monyok

Akak demam semalam..tak larat nak pandang computer…badan rasa sakit-sakit..

tapi dek kerana Yana nak balik ke India, akak gagahkan juga pergi ke lcct (naik air asia ajer..murahkan), walaupun suami akak tak bagi pergi.  Mana boleh tak ikut…

Beg bukan penuh dengan pakaian…tapi makanan..biasalahkan, sape yang duk merantau ker, ataupun gi belajar jauh, mesti tau apa benda yang selalu di bawa ke sana…suami akak tanya, 

kenapa sampai bawak tisu sampai kesana, tak dak jual ker kat situ?
Mahallah ayah, satu kotak RM4.00..
Naik air asia ni memanglah kena bayar lebih untuk tambahan berat beg…kalau idak mesti kena bayar denda.  Yana ambil 30kg ..tapi bila di timbang kat umah macam nak dekat 30kg, terpaksalah kena keluarkan kicap, sos tiram, air kotak dan cencaluk (tu pun bawak jugak ..sebab ada keturunan darah melaka) dan susu kotak.
 Ashik pakai baju ni ajer..Yana yang belikan kat India
Masa check in, bila di timbang baru 25kg…akak dah suruh bawak benda  kat atas tu, dia tak nak bawak.  Kalau masih kurang kg, bolehlah masukkan semula. Kan dah rugi dah.  Tulah, cakak mak tak nak dengar.
Sorrylah, gambar jadi camni..gara-gara ira yang tangkap..
kecoh sebelum masuk kedalam
Lepas tu terus ke Rawang, nak hantar Ira pulak balik ke asrama.  Kenalah tukar baju sekolah dulu kat Masjid Jamik Rawang.  Kebetulan ada pulak orang masak bubur lambuk.  Suami akak kan peramah, sementara tunggu Ira salin baju, dia sempat temuramah.  Akhirnya dapat bawak balik 2 mangkuk bubur lambuk. 
Oleh sebab dah petang, memang tak sempat nak masak.  Beli ajer kat Bazar Ramadhan kat kedai di perumahan kat sekolah Ira.  Beli kueh, nasi ayam dan nasi tomato.  Nasib baiklah sedap.
Sampai kat umah, akak dah tak larat, terus lepak.  Suruh anak-anak lelaki tolong prepare nak buka puasa.
Lepas buka puasa, makan ubat ..terus lepak.   Alhamdulliah bangun sahur dah ok.  Goreng telur dadar dan ikan bilis berkicap ajer untuk sahur pagi tadi.
Bagi yang nak beli ataupun nak  rasa  pes soto tu (sebab ada yang tak nampak tulisan kat pack ni)..ni alamat dia…pembungkus dah campak dalam tong sampah.
Lorong Ishak, Jalan Peserai, (Depan Minyak Shell Peserai),8300 Batu Pahat.
No. Tel -07-4138490/010-7787240

27 thoughts on “Ku Relakan Pemergianmu… Kami Redha

  1. Salam Ramadhan Kak Inakesian Imran, tak dapat lama bermanja dgn kakanyamoga kak ina cepat sembuhsupaya dapat beribadat dgn lebih sempurnaWassalam

  2. Salam Kak Ina,Raya kat India la Yana tahun ni ye… takpelah sekurang kurangnya dia sempat puasa kat rumah walaupun sekejap… Kak Ina cepat sembuh ye..🙂

  3. Salam kak. Tajuk entri ni buat saya suspen je. Hehe..apapun, semoga cepat sembuh ;pp/s: Peserai tu dekat dengan kampung saya. Hehhe…nanti balik, boleh saya terjah kat sana!😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s