Bihun Soto (Guna Rempah/Pes Soto Peserai) Enak dong..

Buat bihun soto dengan menggunakan pes ni..dah lama dah buat. 
Akak beli pes ni kat Pasar Tani di Jalan Tanglin..beli satu paket dulu..sajer nak rasa.  Memang sedap pes ni…rugi pulak tak beli lebih.

Selalunya akak buat pengedil daging..kali akak cuber buat pulak pegedil ayam..rasa ..sedap gaklah.

Pegedil ayam

Bahan-bahan
  • 100-200gm daging ayam kisar
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • sedikit  hirisan daun sup dan daun bawang 
  • sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
  • sedikit garam
  • 1 biji putih telur-untuk salut kat pegedil
  • sedikit kiub ayam (pilihan)
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.  Goreng kentang yang telah di potong 6 dan toskan.
2.  Goreng ayam kisar dengan sedikit minyak bersama-sama serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
3.  Tumbuk ubi kentang hingga lumat dan masukkan ayam kisar, bawang goreng dan hirisan daun sup bawang dan campurkan semua sehingga sebati.
4.  Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5.  Pukul telur putih dan celupkan pegedil tadi dan goreng dengan api sederhana.
klik ek untuk tenguk cara memasaknya
Cara nak buat kuah soto
Ikut ajer arahan kat situ..ada tersenarai bahan-bahan yang di perlukan.  Lepas dah siap, goreng ayam tu..dah tu boleh siat-siat ayam tu.  Senang bukan, orang lelaki pun boleh masak kalau ada pes/rempah soto ni.

Kalau tak dak pes ni guna resepi kat SINI YER


Kalau tak dak bahan lain mana boleh jadi.  Kira cam tak lengkaplah bihun soto ni kan.

Bahan-bahan sampingan
  • Bihun-rendam dalam air mendidih pastu jirus dengan air sejuk.  Toskan.
  • Sambal kicap
  • Bawang goreng
  • Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawang
  • Daging ayam yang disiat2 halus
  • soo hoon-goreng dengan minyak panas..tak yah basuh tau..terus cebur ajer dalam minyak tu.

p/s sape yang duk kat batu pahat…kalau rajin tolonglah belikan lagi pes soto ni yer..

19 thoughts on “Bihun Soto (Guna Rempah/Pes Soto Peserai) Enak dong..

  1. kak ina,kentang pegedil tukalau rebus tak nak goreng ok gak kan?saye tak penah buat pegedil ni..rase kalau goreng macam lambat je..hehe..penah makan soto kat peraktaugeh tu dia tak celur..dia boh mentah2 gitu..pastu nak citer ni,ade 1 kedai makn kat penang ade ke bihun sotoboh telur rebus..tekejut saye tengok..haha..rase pun macam makan bihun dengan air sejuk.hehe..

  2. Salam Ramadhan kak ina,Sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya, ya kak. Mihun soto tu memang buat terliur. Saya takpernah guna rempah macam tu. Rasanya perlu beli juga ni.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s