Cendul Leman Dawi Lagi dan Salai Menyalai di Pedas

Lepas makan dan beli buah-buahan kat Putrajaya, kami terus ajer balik ke kampung..tapi akak sajer suruh suami ikut jalan lama…

Nak bagi Yana rasa Cendol Leman Dawi pulak….masa akak pergi dulu dia tak ada. Dia cuma tenguk dalam blog ajer..

Masa kami sampai orang tak berapa ramai,  Imran seronok dengan celoteh Leman Dawi ni…ashik pot pet..pot..pet….sampai tergelak mendengar celoteh dia
Wah… Imran dapat bergambar dengan tokeh cendol resepi terpelihara
berapalah pendapatan leman dawi ni…tak kena terjah dek income tax ker macam redmummy
Tak habis lagi berceloteh…aduhai..tak penat ker Encik Leman
Kalau lalu Pedas jalan lupa singgah kat sini yer..rugi kalau tak singgah..sape yang penggemar masakan lomak lada api memang kono singgah beli ni…kalau makan kat luarlah lomak sembilang, daging salai dan puyuh….mak datuk..mahal sungguh..akak dah terkena dah..pastu raso dio bukan sodap sangat pun.

aduhai pedih mata kena asap tempurung..sampai tudung vogue den pun bau asap…sobar ajerlah..

Sebab akak  sekarang ni dah malas nak salai kat umah…tak rajinlah..kat sini tokey  dan isteri ni salai pakai tempurung…jadi rasa memanglah sodap bebeno…akak selalu beli untuk  buat stok ..beli bebanyak.

Rasanya cuma satu ajer gerai kat tepi jalan kat Pekan Pedas ni.

Dari sini akak bawak sampai ke kampung suami..dia dah penat makan buah dan cendul…ikut jalan kampung memang memenatkan dan boring…tak boleh merempit.
Elok ajer kereta berhenti, terus bedal makan rambutan lah pulak..geram tul..melaut  buah rambutan eh bukan..melayut…
Besoknya operasi membogelkan pokok rambutan….fil yang suruh supaya tahun depan kalau berbuah taklah tinggi sangat.  Lepas tu kena kutiplah pulak..aduhai fenatlah..memang tak larat.
Imran dan 2 anak buah sibuk nak mengutip rambutan kat atas pokok…orang sibuk nak tutuh pokok tu..kena turun sebab takut terkena parang dan gergaji..bahaya..

Memang bogellah pokok rambutan tu di kerjakan dek suami dan adik ipar.  Buah dia pulak dapat banyak sungguh …akak bawak 2 plastik sampah…sedekah kat jiran sekeliling dan kupas kulit simpan dalam peti sejuk.

21 thoughts on “Cendul Leman Dawi Lagi dan Salai Menyalai di Pedas

  1. salam ziarah..selamat menyambut bulan ramadhan…takleh nk tgglkan jejak di shoutmix sbb dh kena blocked…so tgglkan jejak kat sini jelah ya….nice blog🙂

  2. salam kak ina…cendol,kat sini pun ade kan tp leman dawi ni yg special celoteh dia n free kalau refill cendol TAPI… bau asap daging salai tu?rambutan melayut2 yg main rengut jer tu? kak ina, sy rindu kampung!!😦

  3. salam kak ina..sy ade kat sini, kg tu pun masih ade tapi 'kampung' sy yang ada datuk,nenek,mak,ayah sy tu dah x ada…tu yg bt sy rindu kak…alfatihah bt arwah2-smg tenanglah mrk di sana…kan kak :)* alfatihah bt kakak ipar kak ina juga..

  4. *…ni sesajer nak share ngan kak ina….'Kampuang Nan Jauh Dimato'Kampuang nan jauh dimatoGunuang sansai bakuliliangTakana Jo kawan-kawan nan lamoSangkek basuliang-suliangPanduduknyo nan elokNan suko bagotong-royongKok susah samo-samo dirasoDen takana Jo kampuangInduk ayah adiak sadonyoRaso mangimbau den pulangDen takana Jo kampuang

  5. salam tanpanama…ooo ada 2 kedai ek..akak cuma perasan gerai yang ni ajer..tak nampak pulak gerai lagi satu tu. nantilah kalau lalu akak cuber pandang kiri kanan.salam suffer8zine …akak tak leh masuklah blog kamu..tak ada link lah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s