Bila Adi Putra Menasihatkan Sultan Pahang

jejalan kat blog member yang rajin bagi komen kat N3 akak si www.terbangtinggitinggi.com/…akak tertarik pulak dengan video ni..walaupun video ni dah lama..tapi akak baru tau dari blog beliau.

Sape yang tak kenal dengan Adik Adiputra ni..kepintaran beliau memang tidak di nafikan..walaupun beliau tidak bersekolah.


Dia juga fofolur di sebabkan adalah di sebabkan beliau menjual produk palsu.
Ubat ni memang terkenal sebab orang tua sakit lutut (ingat orang tua tau bukan untuk kanak-kanak) memang makan ubat ni..ada juga yang panggil ubat ni pil arnab.


Harga ubat sebenar cuma RM5.00 kat kedai tradisional. Kalau nak tenguk ubat tu sila klik kat bawah ni yer.
Kredit buat http://syokkahwin.com/blog/2010/01/17/produk-genius-adiputra-palsu/


Pegawai Penguatkuasa Farmasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyerbu rumah adik ADIPUTRA di Taman Berlian, Gombak di sini dan telah merampas ubatan bernilai RM600,000. Ubat yang dimaksudkan adalah UBAT PENAWAR SENDI TULANG.

Juga dikatakan produk ini tidak mendapat kelulusan KKM. Terdapat banyak lagi produk keluaran ADIPUTRA iaitu ADI-Q OK SAINS, ADI-Q KREATIF MEMORI, PENAWAR STRESS. Dikatakan, dengan bantuan doktor Homeopati dan mengkaji ilmu kedoktoran dan perubatan yang diberikan doktor tersebut, beliau telah membuat rumusan pemakanannya sendiri yang mengambil kira keperluan otak kanan dan otak kiri berasaskan herba seperti cengkih, halia, ginseng, madu lebah, rempah-rempah perubatan tradisi dan sebagainya. Semua produk adalah didoa oleh adik ADIPUTRASENDIRI.

“>http://www.youtube.com/v/np2BssvoEzE?fs=1&hl=en_US
Rasa akaklah kan..bahasa yang beliau gunakan tu memang tak sesuai bila berbicara dengan Sultan Pahang. Sepatutnya beliau di beri tunjuk ajar sebelum di beri kebenaran berjumpa dengan Sultan Pahang ni.

Memang tunggang langganglah bahasa Adiputra…memanglah dia budak kecil lagi tapi sepatutnya beliau mestilah berlatih dulu menggunakan bahasa istana….kita pun bila dapat peluang nak masuk ke istana mesti tau adab dan istiadat di dalamnya.


Cubalah dengar apa yang beliau bicarakan..memang tak layakkan. Kelakar pun ada bila dia sebut tentang mat rempit tu.(memang gelak kuat-kuat masa ni)…minum…pastu muntah hijau..apakah maksudnya?


Bukan akak dengki ..memang akak tau dia ni memang pandai…tapi tentang hal ni memang outlah.


Tak salahkan beliau …tapi orang-orang yang mempergunakan beliau untuk kepentingan sendiri.

18 thoughts on “Bila Adi Putra Menasihatkan Sultan Pahang

  1. saye pun setuju dengan kak ina..perjumpaan ni mesti dah di rancang kan..jadi patut nye ade la orang yang terangkan kat dia adab2 bercakap dengan orang2 kenamaan ni..kan?kan?mana boleh asal redah je..

  2. Salam Auntie..Sepatutnya adik Adi Putra patut diterangkan dan dijelaskan tentang protokol juga bahasa2 yg sepatutnya elok digunakan ketika menghadap sultan..Agak tak relevan peggunaan kata-kata adik Adik Putra tu.

  3. Saya rasa dia getaq sama kot… tu yang cakap tunggang langgang…. xpon Daulat Sultan wat dia xleh nk cakap lancar..ahaaha… tpi sempoi la bleh cakap cmtu kat Sultan… Teringin jugak dapat bertemu in person ngan Sultan nih…😀

  4. Salam kak ina,selamat berpuasa ya. Pada sy si Adi Putra tu budak2 lagi nama pun kanak2, patutnya org yg dewasa tu lah patut menegur dan mengajar beliau

  5. aduhhh, siapa la yg mengajar budak ni cakap camni. mcm hafal skrip jer. Nasib baik la dia bercakap dgn DYMM Sultan Pahang yg memang berjiwa rakyat tu… hmmm..

  6. slmt berpuasa kakIna….lama tak dtg sini, masak apa hari ni?Anak2 kalau bercakap mmg la begitu, kekadang dia sendiri tak faham apa yg disebut. Bagaimanapun kita tumpang bangga dgn kebijaksanaan Adi. Perkara lain tu taktau nak salahkan sape, mungkin akan brubah seiring dgn usia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s