Pesta Jom Makan Buah (Makan sampai muntah)

Dalam perjalanan nak balik kampung, suami beria-ia ajak datang ke sini..sibuk bebeno nak tenguk buah apa yang di jual kat sini.  Akak ajak datang hari minggu pun dia tak mau.  Kalau sajer nak datang, rasanya memang tak berbaloi.

Ada juga gerai jual bunga dan herba..akak geram tenguk pokok rosemary dan parsley.  Pakallah nak balik kampung…kalau idak akak dah angkut dah.  Tapi tak per…rasanya kat Pasar Tani Shah Alam ada jual juga herba ni.

Terus tuju kat gerai jual cempedak ni dek kerana hidung tak tertahan baunya yang harum.  Penjual ashik suruh bedal..apa lagi suami akak pun bedal sampai kenyang.  Mana taknya, dia kopek yang isi kaw-kaw.  Nak balik suami akak beli sampai 3 biji.
Akak merasa ajer, taklah bedal macam suami dan Imran.  Nasib baik buah cempedak yang beli kali ni isi dia banyak dan manis.  Berbaloi walaupun agak mahal sikit.
Ada juga jual jagung, dokong, pulasan, kerepek dan pisang tanduk.
Lepas tu tuju pulak gerai jual durian..yang tak best sebab gerai durian cuma satu ajer, tak dak pilihan kenalah beli ajer kat sini..Imran sibuk tutup hidung…busuk katanya.
Mahal ek durian musang king ni..sebiji dalam RM25.  Isi memang banyak dan biji memang kecil giler.  Makan 2 ulas dah muak.  Akak lebih suka makan durian kampung. Tak berapa suker yang klon.
Beli pun sebab nak kasi Yana makan.  Sepanjang dia ada kat sini..bila akak 
offer nak beli durian dia tak nak pulak.  Kat sini baru dia nak makan.
 Kreatif kan bila durian boleh di buat macam-macam. Keluaran dari Singapura. 
 Yang buat akak geram,  bila ada orang besar turun sibuklah orang perempuan FAMA ker MARDI buat demo, goreng benda ni semua.

Konon nak bagi orang kaya  (VIP)tu makan, padahal dia orang tak usik pun. Bila dia orang dah beredar sanggup mereka ambil dan simpan semua ni kat belakang.   Bukan nak bagi kami orang bawahan ni rasa.  Mereka makan sesama sendiri. 

Dia ingat orang kaya yang beli ni semua..podahhhhh mereka tak belilah..kami yang yang beli tau.  Geram betul di buatnya.  Sampaikan tokeh dan isteri dia berbangsa Cina pun hairan bila tenguk semua benda ni di bedal dek mereka.  Kurang asam betullah.  Kalau camtu baik tak yah tunjuk. Hampehhhh..
 Kredit gambar google
Kenapa tak dak orang jual kerepek durian..kat Thailand dan Indonesia memang ada.  Masa duduk kat Jakarta selalu beli walaupun harga dia memang mahal. 
Akak dah nak tergelak dah bila suami tanya , Berapa sekg jagung ni? 
Penjual tu kata..Bang, kalau saya jual ikut kg, dah lama dah  saya naik haji.
  
Nampak sangatlah dia tak pernah beli barang..memang selama akak kawin dengan dia..rasanya jarang sangatlah dia ke pasar.   Puas hati beli jagung ni, masa kat kampung akak rebus sikit, mereka kata memang manis jagung ni.  Berbaloi membelinya.
Kepenatan sebab makan buah-buahan kat situ.  Walaupun agak mahal dari tempat lain, tapi memang buah-buahan yang di jual di sini berkualiti.  

Lepas tu kami balik ke kampung suami akak dengan hati girang tapi kan..fening jugak dibuatnya bila bau macam-macam dalam kereta.

15 thoughts on “Pesta Jom Makan Buah (Makan sampai muntah)

  1. Ina…ni bulan2 puasa tempek gambar ina tgk makan cempedak…tertelan air liur tau…hahahahaAnie suka makan cempedak … tapi kalau dah buat cempedak goreng…tak berapa minat…Durian pun tak suka sgt…Betullah geramkan bila diorang ni kalau VIP dtg sambut mcm ntah aper2lah…siap masak2 bagai…last2 orang tak makan…bagilah orang bawahan makan…lagik untung…sebab diorang akan beli

  2. salam ramadhan kak ina…wahhaaa kat mana tuh? aritu kat putrajaya pun ada gak pesta makan buah2an xpergi pun…lalu jers1org RM15…mahal n brapa sgt bleh mkn pun..Beli buah bawa balik makn ramai2…br best…Pasal demo tu…mmg x patut pun kan, gimik jer lebih…kita ni org marhain sabo jerlah kan,….

  3. hahaha..tak tahan bab tanya harge sekilo berapa..hehe..kak ina betul buat jamuan berbuka…ahaks..ahaks..eyriqazz dah sebarkan nie..ahaks..ahaks

  4. salam aunty..lama tak jenguk sini…my blog pun dh lama tak update..busy bebenor….lawaknya uncle…berapa sekilo jagung yer ahahahaha….anyway nak ucap selamat berpuasa …saya berpuasa dan beraya di rantauan lagi kali ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s