Sumbangan Anda Di Perlukan

Sedih akak baca N3 dari eyriqazz tentang  kematian arwah pak ngah beliau (adik ipar ibu beliau) yang telah meninggal dunia di tempat kerja kerana terkena serangan sakit jantung semasa umat islam bersiap hendak menyambut bulan Ramadhan.
Beliau meninggalkan se orang balu yang cuma bekerja sebagai Pump Attendant dengan gaji lebih kurang RM400.00 sebulan dan mempunyai 6 orang anak yang masih belajar.  Arwah cuma bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan yang tidak menentu dan cuma bergantung kepada permintaan.
Yang sulung, kembar  kedua-duanya masih belajar di Politeknik Dungun  dan setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di kedai makan yang terletak berhampiran rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka. 
Memang berat bahu Mak Ngah beliau setelah kematian suami.  Dengan pendapatan begitu, cukupkan dengan cuma RM400 sebulan?

Dengan kenaikan harga barang-barang keperluan sekarang ni , memang dengan wang sebanyak itu memanglah terasa beban untuk menyekolah dan memberi makan pakai kat anak-anak beliau.  Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kesian kan..sewaktu umat Islam membuat persiapan untuk berpuasa dan berhari raya beliau telah kehilangan suami yang tercinta .  Jika ada yang perihatin bolehlah menyumbangkan sedikit sumbangan kepada beliau.
Yang sulung, kembar kedua-duanya belajar di Politeknik Dungun. Sedih hatiku, setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di Kedai Makan yang tidak jauh dari rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka. 
Semuga penderitaan mak ngah beliau akan berakhir dengan sumbangan yang anda berikan.


5 thoughts on “Sumbangan Anda Di Perlukan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s