Al Fatihah Buat Kakak Ipar dan Selamat Menyambut 1 Ramadan 1431 Hijrah

Arwah Zaharah  binti Samsuddin  (kakak suami tapi ayah lain) telah meninggal dunia pada  hari Isnin 9hb. Ogos 2010 pada pukul 7.13 petang di  Hospital Melaka  setelah setahun lebih menderita penyakit Limfoma Malignum.  


Bila tumbuhnya benjolan kecil  di leher beliau tidak mendapatkan rawatan awal kerana takut hendak ke hospital.  Bila arwah tidak boleh bersuara lagi barulah arwah bersetuju (tu pun dek paksaan anak-anak) hendak mendapatkan rawatan tetapi telah terlambat sebab kanser telah menyerang .

Beliau telah berkali-kali buat kimo sehingga rambut beliau berguguran dan semalam bila kali terakhir akak menatap wajah arwah rambut beliau memang telah tiada (kesan dari kimo).  Tubuh badan beliau cuma tinggal kulit sahaja dan berbeza semasa beliau sehat walafiat.

Walaupun doktor telah berusaha, tetapi mungkin dek kerana umur beliau 61 tahun dan daya badan tidak kuat,  maka akhirnya beliau kembali mengadap Allah s.w.t.

 masa  hari raya tahun lepas

Syukur alhamdulliah bila beliau meninggal, suami dan anak-anak dapat mengadap arwah semasa beliau nazak.

Kali terakhir akak melawat arwah pada bulan lepas (semasa N3 pergi ke Perigi Hang Tuah).  Semasa berbual-bual dengan arwah, arwah ada menyebut ingin datang ke rumah akak jika beliau telah sehat.  Kiranya hajat arwah tidak kesampaian dan semalam arwah  telah  selamat di kebumikan pada kira-kira pukul 11.00 pagi.
Limfoma malignum atau istilah medisnya Non Hodgkin Lymphoma (NHL), adalah kanker ganas yang terdiri atas sel darah putih ganas yang menyebabkan pembengkakan menyeluruh kelenjar getah bening disekujur tubuh : leher, ketiak, lipat paha, mesenterium/jaringan  lemak perut, para cardial dikanan-kiri jantung, dst. Kenapa kelenjar getah bening membengkak?
Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini sila rujuk

http://www.sukmamerati.com/limfoma-kanker-kelenjar-getah-bening-tersering-pada-usia-produktif 

dan di 
Minta maaflah yer..tak jumpa pulak dalam bahasa melayu mengenai penyakit ni..artikel ni dalam bahasa indonesia.
Semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

 Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1431 Hijriah,

Akak ingin mengucapkan  Selamat Berpuasa buat pengunjung blog akak..tak kiralah muda, tua, lelaki, perempuan  dan silent reader yang sudi meninggalkan komen dan membaca coretan akak di blog ini.
Jika ada yang terasa hati membaca coretan akak, akak ingin menghulurkan salam kemaafan dari hati yang tulus ikhlas .  Manalah tau mungkin Ramadan ini merupakan Ramadhan yang terakhir .

20 thoughts on “Al Fatihah Buat Kakak Ipar dan Selamat Menyambut 1 Ramadan 1431 Hijrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s