Nasib baik…kalau idak???…..Spekulasi kematian Mantan Adun

 Gambar dari Jurukamera NST

 Heboh jugak ek kisah mantan Adun dengan PA dia yang kena tembak tu.  Polis dah kata jangan buat spekulasi.  Tapi adatlah manusia ni, bila polis kata jangan..lagi ramai yang seronok bercerita.  Kes hangat mestilah best buat andaian.  

Ada yang kata, mantan Adun ( arwah Datuk Aziz) tu tembak PA (Arwah Siti Rohana) dulu, pastu dia tembak diri sendiri(macam kes bunuh dirilah pulak).

Ada pulak yang kata ada orang ke 3 dalam kereta yang tembak mereka berdua, pastu melarikan diri dengan menaiki kereta yang mengekori kereta yang di pandu oleh Datuk tapi kepunyaan Rohana.   Entahlah..tak berani nak bagi andaian.

Dalam Harian Metro pulak hari ni, pihak keluarga bekas Adun menafikan PA tu adalah isteri ke 2 beliau. Ibu arwah pun menafikan cerita yang mengatakan mereka berdua ada hubungan kerana sejak dari dulu lagi orang cakap macam tu.Mereka rapat kerana kerja..ingat yer keroje….(jangan fikir macam-macam)  Iyerlah hubungan sebagai seorang boss dan pekerja kenalah ikut boss ke sana ke sini.  Dah nama pun personal assistant.
Isteri arwah  pun tidak diberitau perkara sebenar  oleh anak-anak arwah sebab beliau masih trauma dan terkejut .  Cuma beliau  diberitau yang arwah meninggal di sebabkan kemalangan jalanraya. Kalaulah isteri beliau tau cerita sebenar….entahlah…..ishhh tak berani nak komen.
Pihak polis pulak mengambil masa seminggu untuk menyiapkan lapuran penuh.  Kita tunggulah  ajer kesudahan kes yang menggemparkan ni……Al fatihah buat mereka berdua.

 Dalam Kosmo pulak camni..

SHAH ALAM – Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.

Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.

“Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

 
(lain suratkhabar lain versi)

akak bawak keta serius yer..tak main-main..pemandu berhemahlah katakan
budak-budak kat belakang tu cam biasalah…terover…
Pagi-pagi bila hantar Imran ke sekolah..macam-macam ragam pemandu …
ada yang bawak macam siput….memang akak potong sebab tak sanggup nak ikut keta dia….slow sungguhlah…macam bawak penggiling jalan tar tu..
ada yang bawak macam orang giler..tergesa-gesa, tak bagi isyarat…nak belok ikut suker dia ajer..mula lah mulut akak berbunyi..
stupid …bengal ..sengal…badigol ….geram betul lah..(mungkin ada orang lain cakap lagi teruk dari akak kot)
Tadi  masa balik dari hantar imran kat sekolah..bila sampai satu simpang  kat taman melewar…ada pulak minah indonesia bawa basikal ..dia boleh keluar simpang ikut suker dia….tak pandang kiri dan kanan….dia ingat macam tempat dia kot…
nasib baik akak  sempat brake..kalau idak tentu jadi macam katun ni……akak  jerit…

nak mati ker..geram sungguhlah.

Kalaulah akak terlanggar dia ataupun dia lteranggar kereta akak..mesti jadi cerita lain dan mesti leceh dibuatnya.  Bersyukur sesangat walaupun jantung akak berdegup kuat tadi.

Yang akak geram tu…dia boleh buat muka toya aka muka sadin…..isshhhhh rasa nak bagi pelempang ajer kat muka dia…

Gambar dari google.com

One thought on “Nasib baik…kalau idak???…..Spekulasi kematian Mantan Adun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s