Resepi Serikaya Balls/Kalau Tak Ada Rezeki

 Konon-konon nak cubalah buat serikaya ball ni guna acuan takoyaki…ha kau…Yana bosan giler nak membuatnya..payah tullah..macam rinnchan kata..memang acuan ni tak control memang cepat ajer hangus..pastu kalau salah cucuk terkeluar inti kaya tu.
Mak…Yana tak nak buat lagi dah..senang lagi buat takoyaki...alahai dia dah surrender da..kenalah beli kalau teringin nak makan  .Resepi ni akak ambil dan c & p  dari fotopages rinnchan.Terima kasih banyak.

Sumber : Petibesi RNet

BAHAN-BAHAN:
250gm tepung kek ( Tepung gandum pun ok )
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125gm mentega
75gm gula castor
4 biji telur gred A
200ml susu segar 1/2 tsp esen vanilla
Serikaya secukupnya ( Serikaya dlm tin lebih sedap.. )

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula castor hingga kembang dan gebu. Masuk telur satu persatu, terus putar hingga sebati.
3. Masuk 1/4 bahagian susu. Putar terus.
4. Masuk tepung dan selang-selikan dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
7. Isikan separuh adunan dalam setiap lubang acuan.
8. Bubuh serikaya secukupnya. Rinn gunakan piping bag . Tutup adunan hingga penuh.
9. Terbalikkan bebola kaya beberapa kali menggunakan 2 btg lidi satay sehingga masak dan keperang-perangan. 


 Kecian Ira..niat di hati  nak bedal puas-puas cempedak goreng sebelum balik ke asrama….tapi tak tertunai hasrat di hati sebab cempedak yang akak beli kat Pasar Pagi Greenwood tak leh goreng..busuk..nak salahkan sape ek?  Tak dak rezeki kan..
padahal tepung gorengan dah siap dah di bancuh..

2 thoughts on “Resepi Serikaya Balls/Kalau Tak Ada Rezeki

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s