Akak bukan Macam Mak Khairudin ! Akak nak pot pet pot pet pasal halal dan haram

Akak ni bukanlah macam Mak  Mohd Khairudin yang membebel  dalam video kat anak dia suruh simpan duit tu kat Youtube dan Youthsays sejak 2 minggu yang lalu.  Akak nak pot pet macam biasalah..ishhhhHeboh jugak ek kisah video Mak Khairudin ni.  

Rupernya cuma iklan ajer  ek..ada tak yang tertipu?  Percayakan video tu!  Masa akak tenguk kat youtube, akak memang perasan yang mata dia ashik ajer pandang kat depan..macam baca skrip..jadi akak tak teruja..kalaulah akak pot pet buat video untuk Yana ..agaknya Yana malu kot…apasalah mak dia ni kerek sangat… pandai sungguhlah orang sekarang buat iklan yang kreatif.

Oklah tujuan sebenarnya anak  nak pot pet pot pet pasal haram dan halal.  Ada yang komen bila akak buat ataupun beli bahan masak memasak tu, ala  makanan yang pelik cam ayam belanda  bakar, takoyaki  dan jugak bahan perapan Mister Potato tu.  Dia boleh komen  kata halal ker?  Benganglah akak.
sebelum akak beli bahan-bahan ni akak dah tanya 
dah kat member yang pandai berbahasa jepun dan tinggal di sana..
dan juga member yang dah pernah buat takoyaki yang duk kat sini..
boleh ker kita beli bahan-bahan ni..halal ker? sebab
akak memang tak pandai nak baca tulisan  jepun kat bungkusan
alhamdulliah mereka kata memang halal..kalau mereka dah kata halal …akak tak ragu-ragu dan was-was lagi nak beli dan nak buat sebab anak akak ramai..tak sanggup nak beli kat Jaya Jusco..mahallah..baik akak beli bahan dan buat ajer..

Bahan perapan Mister Potato tu akak dah suruh dah member yang duduk kat Australia tolong check.  Apa guna kita ada member cyber kan..minta ajerlah mereka tolong tenguk bahan tu ada alkohol ker ataupun idak?  Haram atau pun idak?

Bila akak beli ayam belanda pun ada yang pertikaikan jugak..halal ker ayam belanda tu?  Aduhai ..sabar ajerlah..takkanlah akak yang nak setengah abad ni masih tak tau halal atau haram sesuatu benda tu,  Walaupun akak tak belajar agama tinggi tapi akak masih lagi ambil  berat tentang makanan yang akak sajikan kepada anak-anak akak.  
Takkanlah akak nak bagi makanan haram kat anak-anak ..kan benda tu nanti akak menjadi darah daging..dan akan melibatkan juga kelakuan, pelajaran dan benda yang lain.  Insyallah akak akan sentiasa mengingatkan diri bila akak nak beli benda macam ni lagi. 
Akak berterus terang supaya taklah lagi ada yang nak komen pasal ni lagi.  Maaf jika ada yang terasa dan ampun maaf di pinta dengan huluran sepuluh jari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s