Asparagus dan Burung Puyuh Bercili

Setelah di godek-godek coding html…tu pun setelah minta pendapat dari seorang blogger dan sampai nak juling biji mata mencari …akhirnya terjumpa jugak coding tu.  Oleh sebab akak tak kuasa nak tunggu manager akak balik..akak godek-godeklah sendiri.  Puas jugak nak membuang ke enam-enam coding tu.  Alhamdulliah rasanya dah tak keluar lagi iklan innity tu. 
Ada yang bertanya sama ada akak ada copy paste ker idak..rasanya kat atas tu semua gambar akak sendiri dan akak memang gunakan ayat sendiri.  Masa pagi tu dah keluar dah iklan tu. Cuma kat bawah tu akak ambil dari berita harian on9.
Tak perlah…akak pun dah tukar password kaw-kaw punya.  Kalau ada lagilah iklan tu masuk..memang orang tu memang terror sungguhlah.  Terima kasihlah yang bagi komen-komen pasal hal tersebut.

Ikut kata Robb kena ambil masa 4 hari baru  boleh dapat gelaran geli-geli tu..sabar ajerlah menanti.

Burung puyuh tinggal seekor ..fikir-fikir nak masak apa ek..dari pada berebut nak makan..akak potong kecik-kecik pastu goreng letak garam dan kunyit.  Nak bagi resepi pun tak reti sebab campak-campak. Cuma akak tumbuk sebiji bawang besar, 4 biji cili merah bersama 4 biji bawang putih bersama sedikit belacan.

Bubuh sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk dan biarkan sampai naik minyak. Masukkan garam bersama burung puyuh yang telah goreng , gaul sekejap dan pastu masukkan asparagus yang telah di potong kecik. Jangan lama sangat, rasa dulu cukup garam dan terus padam api..sebab nanti benyek..(lembek).  Senang kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s