Gulai Cumi aka Sotong Padang

Cumi di panggil sotong di indonesia.  Kalau nak masak gulai cara orang Padang masak seeloknya gunakan cabe merah kerinting..baru enak dong.

Waduh …suamiku suka masakan cumi begini.  Akak ambil resep dari SINI.
Kalau nak tiru cara yang asal pun boleh kot.

Bahan :
  • 1 kg cumi, buang tinta,(buang hitam) cuci bersih, lalu masukkan kepala cumi dan semat dengan lidi. (akak buang kulit luar sotong tu…lepas basuh akak perapkan dengan jus limau kasturi dan garam sekejap..baru bilas dan toskan)
  • 4 lembar daun jeruk-(daun limau purut)
  • 1 lembar daun kunyit (disiat dan disimpul)
  • 2 lembar daun salam (akak guna yang kering punyer)
  • 750 ml santan-(akak guna 1  cawan santan pekat campur 2 cawan air)
Bumbu halus : (bahan tumbuk/kisar)
  • 5 butir bawang putih*
  • 5 butir bawang merah*
  • 5 buah cabe merah keriting*
  • 1 sudu teh  ketumbar bubuk (serbuk ketumbar)*
  • 3 butir kemiri (tak letak)*-buah keras
  • ½ sdt kunyit halus (akak guna kunyit hidup)*
  • 1 batang serai-tumbuk hujung-nak kisar pun boleh
  • 1 sudu teh  lengkuas halus (akak buat hiris lengkuas tu dalam 3 hiris)
  • garam secukupnya
  • ¼ sdt jinten (serbuk jintan manis)
  • sedikit minyak
Cara Membuat :
1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bumbu halus hingga harum.
2.  Masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan daun jeruk, daun kunyit, daun salam, hirisan lengkuas dan cumi aduk  (kacau) lalu masak hingga matang. 
Sebelum diangkat rasa dulu.
 Kat   Pasar Pagi Greenwood baru jumpa cabe merah kerinting ni..kan kat sini ..ramai  orang seberang..cabe merah kerinting ni memang mahal dari cili merah biasa.  1 kilo RM20.00..kalau buat sambal ayam penyet pun enak pakai cabe merah kerinting ni.  Pedas dong.

3 thoughts on “Gulai Cumi aka Sotong Padang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s