Kutip Sampah Milo Dapat Bola

Betapa gembiranya Imran bila dapat tau benda yang di tunggu telah tiba…setiap hari sibuk tanya bila nak sampai?  Sampai akak naik bosan nak menjawabnya.
Alhamdulliah semalam selamat jugak sampai bola milo ni..Akak ingatkan bola macam bola sepak..rupanya bola saiz mini..
Tak perlah..janji dia happy..berbaloi dia penat mencari keratan milo.
Nak tau kat mana dia cari keratan atas milo kotak ni?  Kat Stadium Uniten masa Sports Day office hb.  Masa pergi dapat beg dan  milo kotak. Lepas minum dia orang buang kotak tu dalam kotak.

Akak kata kat Im…

Im…kalau nak bola gi lah ambil kotak milo orang yang dah habis minum tu?  
Mula-mula dia malu..Ayah dia kata .
ala apa nak malu….bukan ada yang kenal Im pun..
Walaupun ada orang-orang yang hairan tenguk Imran kutip kotak milo ni …tapi semangat nakkan bola tu..dia selamba ajer gi kutip kat kotak sampah.
 Akak tak sure sama ada nak ambil code ataupun keratan atas..lelama bawak balik satu kotak penuh kotak milo yang telah di penyekkan. Bungkusan kosong milo tu akak mintak kat orang jual air masa dia nak buang bekas ni..sayang ooooo ni dapat 20 points tau.

Puas pulak nak membasuh dan mengeringkan keratan atas tu..akak hantar pakai pos laju…takut tak sampai nanti…buat penat ajer Imran mengutip sampah tu.

Camnerlah nak main bola kecik ni..buat kenangan ajer kot.  Ada lagi satu bola ni yang tak sampai lagi..sebab kami dapat collect 100 points..tu pun dah di campur dengan milo fuze…kat umah ni memang kena ada milo..sebab semua suker minum air milo terutamanya Imran.  
Dia memang minum milo setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.   Tak yah bubuh gula..dia suka bubuh madu..ikut kata cikgu dialah tu…untuk kuatkan ingatan.
.Sekarang ni sibuk kutip untuk Ira pulak..dia mengidam nak beg milolah pulak..
Macam mane lah nak main bola kecik ni..dia kan suka main bola..
kenalah jugak main bola biasa ajerlah gamaknya.

One thought on “Kutip Sampah Milo Dapat Bola

  1. aduiii sronok dpt gak kak ye, lov ngompol pakat bli milo je byk2 then anto tp dah xde rezki kak xdapek la..agknyer Allah nk bg rezki ni kt org yg lebeh byk brusaha ye kak..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s