Tart Nanas Sedap

 Lepas semua muka ketat semacam bila baca N3 hangat tu jumlah kita senyumkan diri macam katun asoo tu ..makan tat  nanas.  Sajer terajin nak buat sebab nak habiskan jem tat.  Akak kurang gemar yang gulung ..suker yang terap camni.
Gambar sebelum pembakaran.  Lepas pembakaran terluper nak shoot.
Bahan-bahan
  • 250gm butter -akak gunakan butter jenama tatura
  • 60 gm gula aising 
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanila
  • 3oo-330gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 30gm tepung kastad*
  • 20gm susu tepung*
  • 2gm garam halus
  • * ayak
Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera…)
  • 450 gm parutan nenas – tapis
  • 1 camb jus limau nipis
  • 180 gm gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara membuat:
 1. Pukul mentega dan  gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

  Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

2 thoughts on “Tart Nanas Sedap

  1. Salam kak ina… Baru lepas meng'tart guna resepi doh ni… Walau first time buat tapi sangat2 osemmm hasilnya..Inti pakai yg ready made….tapi saya buat gulung jerr…Lepas ni kalo buat tart saya akan guna resepi ni jer…Terima Kasih….Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya yg akan tiba beberapa hari jer lagiii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s