Berita Hangat aka Hangit Pasal RACIST Nuffnang

Heboh sana sinun pasal benda races oppp silap racist ni …nak tau tau apa maksud dia…gi ajerlah ke kamus ..cari sendiri.
Asalnya pasal pemenang kat contest tulah..ala pasal nak dapat camera mahal tu…nasib baiklah akak tak masuk..kalau idak garenti  akak menang (perahsantan)…

Pastu melarat-laratlah pulak sehingga jadi satu isu besar semalam..yang hairannya akak boleh tak perasan.  Sebab semalam akak menjengkit di petang hari…masa tu ada geng bagi tau ada isu hangat.

Akak pun hangat punggung dan  hangat kaki  nak cepat balik rumah sebab nak tenguk sangat apa bendalah yang menjadi isu hangat aka hangit tu.  Bila balik kat umah cepat-cepat bukak blog isu hangat…oooo barulah akak tau hitam putih ceritanya.
Memang hangat sungguh N3 tu. Selamat Tinggal Nuffnang  pastu komen-komen pulak memang lagi menghangatkan hati..tapi bila baca kat komen tu kata ada  orang Melayu yang jadi kaki kipas helikopter aka kaki bodek Nuffnang…oooo terasa ngilu ibarat pisau di toreh ke hati.  Sebab akak terasa dan merasa tempiasnya.
Yang bestnya ada pulak email dari Nuffnang nak terangkan hal ni.  Siap call lagi si pembuat N3. Wah cepat jugak Nuffnang tau hal ni yer..saperlah yang bagi tau.
Dahlah..malas nak layan.
I Love Nuffnang..

oooo memang akak suker perkataan ni..sebab sejak akak join Nuffnanglah akak dapat macam-macam..

  • dapat tenguk wayang free (sape nak kasi tiket free kan), 
  • dapat jumpa member blog (memang akak suka berkawan), 
  • dapat gi lepak (sharing), 
  • dapat makan free, 
  • dapat duit dan 
  • pernah menang contest.  
Adakah di sebabkan akak ada keturunan China aka muka iras cina ..maka akak selalu dapat pergi…sampai ada yang kutuk…
ala ashik-ashik kak ina kl..ashik kak ina kl…
ala..kenapa nak ada penyakit PHD. Dah memang rezeki akak dan mungkin jugak akak suka masuk contest sebab tu akak berjaya.
Memang duit bukan perkara utama bila berblogging, tapi syok jugak kan bila kita berblogging dengan ikhlas cam akak ni …asalnya berblogging sebab akak ni suka bercerita tentang hal family akak…akak suka pot pet..pot pet.. Pastu suka pulak masak dan share resepi sesama geng masak.  

Bila anak duk jauh bolehlah dia refer bila dia teringin nak makan benda itu dan benda ini. Bila dia betul duk  jauh, dia boleh baca apa yang kami lakukan, ke mana kami pergi dan apa yang terjadi.  Kan bagus camtu..tak yah nak call bagitau .  Kira macam diari kehidupan akak dan keluarga akak.


Pelik bin ajaib bila kalah ajer nak salahkan orang lain. Yang pilih pemenang tu bukannya Nuffnang tapi pengiklan.  Mungkin kita tenguk pemenang tempat pertama tu tak layak. ..tapi sponsor tu tenguk dari segi lain.

Rilexlah..belum tentu kalah tu maknanya tak bagus.  Mungkin belum rezeki kita.  Cuber dan cuber lagi. 

Dulu akak geram gak sebab yang selalu menang orang China..sampai satu tahap akak nak merajuk dah…..tapi bila tenguk cara mereka menulis N3 bila masuk contest memanglah akak salute sebab memang mereka kreatif ..tak dapat akak nak ikut cara mereka tu.

Tapi akak tak berputus asa…cuber dan terus mencuba.  Biarlah tak menang janji …puas hati sebab dah mencuba.  Kalau tak cuba mana tau..kalau dah memang rezeki kita, kita akan menang walaupun N3 kita entah apa-apa.

Sabarlah yer…bukan senang nak puaskan hati orang lain.  Janganlah di timbulkan isu perkauman, kelak akan memakan diri sendiri.  Maaf yer jika ada yang terasa dan ampun di pinta dengan huluran sepuluh jari.

p/s jangan lepas ni berbunyi pulak kata akak ni pengampu aka pembodek Nuffnang yer.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s