Kelalaian Membawa Padah

Berderau akak dengar cerita budak perempuan 2 orang yang jadi tawanan 3 orang yang tidak di kenali bila mereka tinggal  dalam kereta pastu enjin tak di matikan dan pintu pulak tak berkunci kat Kuala Kangsar kelmarin.  
Masa tu teringatkan  pulak kat anak perempuan akak …kalaulah kena kat akak mesti kelam kabut di buatnya kan….tentu akak boleh terduduk ataupun meleleh air mata….sape yang tak panik bila anak tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan  di larikan macam tu.   Mesti kita terfikir perkara-perkara yang bukan-bukan.
 Ibubapa mereka pergi ke kedai gambar ..dengar dalam Hot Fm adik Siti Haidar 6 tahun tengah tidur jadi kakak dia Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16  tahun kesian pulak nak kejutkan adik dia.  Ia lah malam kan ..masa tu pukul 9.30 malam. Mak dan ayah mereka gi ke kedai gambar.  Tak sampai 15 minit (dlm kosmo)..(dalam harian metro 5 minit..mana satu yang betul ek) ..bila mereka nak gi ke kereta…kereta  bersama anak mereka dah hilang. 

Camnerlah agaknya keadaan mereka berdua tu..mestilah gabrakan bila orang tak di kenali tiba-tiba masuk ke dalam kereta itu.

Jauh jugak mereka di larikan dalam 20km sebelum di tinggalkan kat tempat gelap di Liman Kati kat situ.  Nasib baiklah pada kira-kira 11.20 malam, mereka di jumpai oleh seorang lelaki yang baik hati kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar. Ishhhhhh..serun rasanya.
Nasib baik juga  pencuri tu masih punya timbang rasa siap kata,
” Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.”

Siap bagi duit lagi, kunci rumah dan lampu picit. 

Kalaulah pencuri tu berhati kering..tentulah terjadi benda yang buruk..al maklumlah anak dara sunti ada dalam kereta tu..kalaulah di r…..o..g..o..l…mesti dah jadi cerita lain.  Bertuah sungguh nasib  mereka berdua.  Kereta bapa mereka di jumpai di Rantau Panjang, Kelantan.
Itulah pasal kalau suami atau akak pergi beli barang kat kedai runcit ataupun isi minyak kami bising suruh anak-anak lock  pintu terutama bila ada Imran dan Ira.  Takut betullah bila jadi benda camni.  Kadang-kadang budak-budak ni degil..tak nak cakap kita.

Dia kata …ala tak ada orang nak curi keta murah ni
bila dengar camtu..mulalah kami berdua pot pet..pot pet..

Mak dan ayah tak kisah  harta  benda di curi…tapi nyawa anak-anak yang lebih utama sebab harta benda boleh di cari…jika anak jika hilang..ishhhh di jauhkan dari mala petaka.

Semuga selepas ni kita semua haruslah berhati-hati dan semuga kisah ni akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kelalaian memang membawa padah.  Lepas ni kalau anak-anak kata macam tu lagi…akak celepuk ajer mulut mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s