Imam Muda Astro Oasis-2 orang lagi Imam Muda tersingkir

Dalam episod ke 9 malam tadi .. lagi 2 orang Imam Muda telah di singkirkan iaitu IM Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau Aran, 26 tahun dan pengantin baru Mohd Taufek Mohd Noh 27 tahun.
 Tugasan pada minggu ni mereka telah melawat ke rumah orang-orang tua di Rumah Kenangan Seremban dan cuba menyelami kisah sedih  yang telah di alami oleh penghuni disitu sehingga sanggup anak-anak mereka meninggalkan mereka di situ.
 
 Sape yang tenguk Imam Muda malam tadi..mungkin ada yang mengalirkan air mata bila mereka bercerita tentang bagaimana layanan yang mereka terima  setelah mereka bersusah payah membesarkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak.
Setelah mereka berjaya, mereka sanggup melupakan jasa ibubapa dan sanggup tidak melihat ibubapa mereka.  Ingatlah ..walaupun mereka mewah dengan hartabenda dan mempunyai kerjaya yang hebat tetapi jika mereka menderhaka kepada orangtua, satu hari nanti mereka akan menerima pembalasan.
Berdoalah agar anak-anak akak dan anak-anak kita semua tidak menjadi seperti mereka.  Sayangilah orangtua semasa mereka masih ada.
Sedihnya bila mendengar rintihan dari seorang ibu  di akhir episod 9 ni.  Mengalir air mata aka dibuatnya.
 Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan layak meneruskan perjuangan ke peringkat akhir .

Sama-samalah kita mengikuti peringkat akhir yang akan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 30hb. Julai nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s