Takoyaki dan Kaniyaki-Kudapan Jepun Yang Enak Dan Lazat

Fuh..dah lama sungguh akak order acuan takoyaki ni kat member yang tinggal di Bangkok.  Nak buat takoyaki tak buat-buat.  Sebab nak beli bahan yang original kena cari kat Jaya Jusco Mid Valley.  Bila pergi luper pulak nak tulis bahan yang nak di beli.  Sebab bahan original dari Jepun akak bukannya ingat pun nama bahan tu.
Semalam Yana belanja Ira dan Imran gi tenguk wayang kat Mid Valley.  Akak tak masuk sebab akak jejalan kat Jaya Jusco tenguk barang yang tengah sales..tapi dah memang nekad tak beli dulu barang nak pakai raya.survey harga dulu.  Nama bahan Jepun tu akak dah siap tulis dari malam Sabtu ..takut tak ingat lagi nama bahan tu.
Nasib baiklah ada budak melayu yang tolong carikan bahan ni.  Kalau idak mengagau jugak nak mencari kat bahagian barangan jepun kat jaya jusco tu. Akak call jugak Maz tu..nak confirmkan betul tak bahan-bahan tu.

Resepi takoyaki ni ada macam-macam versi.  Akak ambil kat rumah Hana dan rumah Maz…pastu akak campur adukkan.  Hana panggil Kaniyaki Maz panggil takoyaki..what everlah .
Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak makan takoyaki buatan sendiri.
Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki – boleh ddapati di jusco section japanese food(RM10.90)
  • *100g @ 2 biji telur size M
  • *580ml air berisi ais -resepi asal 700ml-(baik buat 580ml..tak lembek sgt)
  • 1/2 tsp granulated dashi-akak beli yang dah siap paket kecik-kecik.  Akak guna 1 peket (RM5.90)
  • minyak sayur untuk melengser acuan.
Bahan Isi
sedap lagi bubuh tako@sotong
  • tako@sotong -(pakai yang biasa ajer..nak pakai kurita paul pun boleh ahaks)
  • sotong  potong kecik, toskan, kemudian gaulkan sotong dengan  1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
  • kubis – cincang halus
  • crab stik-siat kecik
  • daun bawang-hiris halus
Bahan Topping
  • sos okonomiyaki (RM9.90)- kalau tak jumpa boleh guna kicap manis+sos tiram
  • mayoni-akak masukkan dalam plastik…senang nak picit
  • fish flakes @ ikan parut (dried bonito fish flakes)RM7.90
  • nori halus-tak beli ..pastu menyesal..sebab tak cunlah
Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan bertanda *. kacau supaya tidak  berketul-ketul. (akak blender ajer..senang keroje)
 
panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. 
kalau takade boleh guna acuan kuih cara.
     kena cepat…kami bubuh filing bebanyak..kena tunggu
     garing sikit baru sedap..Yana terror buat bulat-bulat
    • Tuang adunan hingga penuh (dalam 1 1/2 sudu besar).
    • Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
    • Kikis lebihan-lebihan  adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
    • Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letak minyak masak lagi agar bebola takoyaki ni jadi lebih garing.
    •  Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit… sekiranya minyak dah kering. 
    • Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. (Akak picit  ajer dari dalam botol)
    • Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau…Siappp Sedap weiii….hehe…
    • Sodap di makan panas-panas

    note: kalau tak jumpa gak tepung takoyaki atau bahan-bahan yang lain,boleh cube resepi nih…jangan risau yer..tau.
    homemade takoyaki by azwalissa myresipi atau boleh refer kat blog zaliana.

    8 thoughts on “Takoyaki dan Kaniyaki-Kudapan Jepun Yang Enak Dan Lazat

    1. nk bgtau..hati2 beli brg2 dr jpn ni..sbb saya dah puas melilau area jusco cr sos2 or byk brg jpn utk bt mskn jpn tp xde yg halal..sos okonomiyaki tu halal ke dah check??utk pengetahuan saya boleh baca tulisan jpn so bole tau halal ke tak..

    2. slm kak,kak..blh tak tlg sye crikan tako maker dgn bahan2 nye sekali….adik suka sgt mkn takoyaki ni..nak jugak buat sendiri tp acuan nye n bahan2 nya xde kat sarawak ni….tlg sye ye kak…….

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s