Bila minyak, gula dan gas naik…jangan naik minyak udahlah

 Habislah kali ni…semua naik …kesian kat rakyat yang berpendapatan rendah seperti petani, penoreh getah dan orang susah yang mempunyai anak yang ramai macam dalam program Bersamamu TV3.  Akak suker tenguk sebab ia bolah menjadi peringatan kalau kita rasa susah..ada lagi ramai orang yang susah.  Mungkin bagi kita yang agak senang tak terasa bila harga minyak naikkan.

Cuber tenguk harga baru ni..jangan naik minyak udah..nanti jadi orang minyak pulak.

Sumber : sharinginfoz
UPDATE:
  • Minyak / petrol RON95 dan diesel naik 5 sen kepada RM1.85 per liter dan RM1.75 liter respectively
  • Gula naik 25 sen kepada RM1.90 sekilo
  • LPG naik 10 sen kepada RM1.85 per kg, so kalau anda beli gas memasak yang 10 kg, maknanya ianya naik sebanyak RM1.00 (LPG=petroleum gas cecair or liquid petroleum gas)
  • Petrol RON97 tidak lagi diberi subsidi dan ianya akan diapungkan (floating) secara terkawal



Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram
Dari blog eyriqazz

UPDATED

Berita ini telah disahkan seperti di Mstar : Harga MINYAK NAIK 5 SEN MULAI ESOK :

” RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Ini bermakna petrol RON95 dijual pada harga RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

“RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.”

 Tak lama lagi …tol naik, tambang teksi naik, tambang komuter naik, tambang lrt naik, tambang bas naik…ala semua naik…Yang turun cuma air hujan dan air kencing….oh yer luper pulak tambang bas sekolah pun naik juga sebab mesti pemandu tu kata dia guna minyak bukan guna air nak bawak budak-budak ke sekolah.

 Lepas ni juga barang keperluan  seperti ikan, beras dan yang lain-lain akan meningkat naik …dengan alasan mereka terpaksa naikkan harga sebab lori/van/treler semua gunakan minyak bila nak hantar barang-barang ni..takkan mereka nak rugi…sape kata berniaga tak nak untung.

Nilah taktik peniaga …mereka sorok gula sebab nak naikkan harga.  Patutlah susah sangat nak beli gula sekarang ni.  Kena ada had..nasib baik kat rumah tak banyak pakai gula.

Akak cadang nak jual biskut raya..tapi sebab susah nak dapat stok..alamat cancellah jawabnya..

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Lepas ni kayu api laku kot dan hendak ker  kita pakat-pakat masak guna kayu api ?  Habislah berjelaga rumah kita kan..nasib baik kat umah ni gas guna se tong ajer sebulan..kalau idak larilah budget dapur..tak dapat nak menjengkit.

Sekarang kalau nak merempit baik guna keta kecik ni..jimat minyak betullah..
 Kadang-kadang kena gaduh dengan suami dulu sebab berebut keta kecik..semua tak nak pakai keta yang kuat sedut minyak..

Gambar : Encik google 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s