Wahai anak-anak..sape tak sayangkan kamu

Memang menarik topik di hot fm hari ni..tentu membawa diri.
Mula-mula suria membaca e mail dari seorang anak yang merajuk membawa diri ke uk selama 10 tahun..
Pastu ada yang tak balik kg sebab merajuk dengan keluarga sendiri.
Ada pulak yang  kata…ibu bapa melebihkan  anak yang ini…tak sayang yang ni..
Ada yang kata ibubapa masih lagi  kontrol anak-anak ..kena ikut kata ibubapa..sampai dah kawin pun kena ikut juga cakap  ibubapa…
rasanya tak salah kan ibubapa menegur yang betul tu betul..kalau salah memang salah..memanglah ibubapa ego tinggi…sebab mereka dah tau asam garam kehidupan.
Entahlah..susah nak kata lah pasal isu ni..
Wahai anak-anakku..bukan kalau mak dan ayah marah tanda kami tak sayang dengan kamu…menegur tu tanda sayang..menjadi peringatan supaya tak mengikut darah muda…memang masa ni kalau kena tegur..sikit-sikit nak marah ataupun merajuk.  Janganlah cam tu yer..
Suami akakkan..dia  memang tak pandai menunjukkan kasih sayang  spt peluk dan cium anak-anak…sebab mungkin ibubapa beliau tak pernah memeluk, membelai dan memberi penghargaan bila anak berjaya..mereka sibuk mencari rezeki untuk anak-anak yang ramai..
Tetapi arwah mil bila anak (terutama anak lelaki yang bijak) nak melanjutkan pelajaran …beliau akan bergolok gadai mencari duit.  Beliau akan membuat kuih, menjahit baju dan pernah beliau gadaikan barang kemas semata-mata nak bagi peluang anak gi belajar….akak memang salute dengan pengorbanan arwah…
Bagi family akak pulak…bila kami berjaya dalam pelajaran macam pas SRP dan SPM….kami akan di beri wang dan di beri pelukan dan ciuman ..walaupun tak banyak sebab abah bukan kerja gaji mahal….tapi kami suker….sekarang ni.tu yang akak praktikkan kepada anak-anak bila mereka bersekolah .  
Suami memang tak  pernah memeluk dan mencium anak-anak..tapi akak tau dia memang sayangkan anak-anak dia…sebab dia bertanggungjawab dan ambil berat pasal pelajaran mereka.  Dia tak pernah pukul anak-anak tapi bila dia sound ajer terus anak-anak dengar kata dia.

Akak yang selalu pukul anak-anak…tapi tak selalulah…akak pukul bila tahap kesabaran dah sampai ke kemuncak…yang besar tu jarang kena pukul…Ira dan Im selalu kena…sebab mulut banyak cakap…tak sabar akak bila dengar bila mereka lawan cakap akak.

Alhamdulliah sampai sekarang ni kami berdua taklah nak sampai nak melebihkan anak yang ini…dan tak suker dengan yang ini…kalau makan sedap kalau boleh semua mesti ada…tapi memang payah sekarang ni..sebab masing-masing dah kerja dan praktikal dan ada yang duduk di asrama..termasuk Yana yang paling jauh.

Tapi mestilah sebagai ibubapa akak dan suami berbangga bila ada anak-anak yang berjaya..semua ibubapa cam tu kan..kalau yang tak berapa cemerlang..akak tak marah..mungkin setakat itu pencapaian mereka..akak akak guide ajer mereka..apa yang perlu di buat..cuma jangan mereka terbabit dengan perkara yang tak elok ajer yang akak takut..

 Untuk anak-anak mak…
Ingat yer..mak bukan tak suker kamu..tapi mak tak suker kelakuan kamu….taklah bermakna kalau pot pet.pot pett tu bermakna mak benci.  

Walaupun belajar tak pandai..(kalau semua pandai sape pulak nak kerja bawahan kan)..tapi akhlak dan kelakuan mesti baik..kalau orang tenguk perangai tak elok…nama mak ayah jugak yang di sebut….

Memang cabaran sungguh nak membesarkan anak-anak di zaman teknologi ni..mereka terdedah dengan jalur lebar…kenalah peratikan sikit bila imran dan ira duduk depan pc..beringat sebelum kena.

p/s..kadang-kadang nak merajuk jugak sebab kecik hati…nak bawa diri..selalunya kat Imranlah…bila akak geram akak pura-pura ambil beg besar…isi kain baju…selalunya dia minta maaf dan melalak..

2 thoughts on “Wahai anak-anak..sape tak sayangkan kamu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s