Toy Story 3 Vs Lagenda Budak Setan (Sambil Makan Peterporn oppp Popcornlah)

 Memang bestlah Toy Story 3 ni..akak pergi tenguk minggu lepas masa cuti sekolah hari Jumaat lepas.  Sebelum tu hari Rabu pergilah ke Midvalley nak bawak Ira dan Im tenguk Karate Kid..sampai tiket sold out …kalau ada pun duduk kat depan.  Imran dah masam..selalunya akak booking online…kali ni boleh terlupa…akhirnya duk lepak kat Kedai Buku MPH ajer.  Janji dengan Imran nak pergi hari Jumaat.
 Sebelum tu pergi dulu rumah Gto nak ambil coklat..ingatkan nak borak kejap..tapi sebab best punyer borak kami terlajak sampai nak dekat 1/2 jam.   Kebetulan mil gto ni peramah.

Kelam kabut bila tenguk dah nak dekat pukul 10.30 pagi…sampai kat Wangsa Walk lagi 10 minit pukul 11.00 pagi.  Bila sampai kat pawagam orang beratur panjang..ishhh akak pun buat baik dengan adik yang beratur di hadapan …minta tolong dia belikan tiket kami.  Nasib baik dia nak tolong.

Pukul 11.00 pagi pulak Toy Story tu di tayangkan dalam bentuk  Film 3D.  Tentulah mahalkan..tak perlah..duit nuffnang ada kan..dapat jugak Ira dan Im tenguk ceta yang best ni..Akak belikan mereka pop corn dan air.

Bila masuk mereka bagi pakai spek…waduh cantiknya gambar…memang berbaloi..dulu tak pernah tenguk toy story 1 dan 2…kali ni terjatuh cintaaalah pulakkkk…


Sinopsis..Sumber Harian Metro
AKHIRNYA Woody, Buzz Lightyear dan geng kembali lagi selepas 11 tahun menamatkan pengembaraan menarik mereka.

Siapa tak kenal Woody dan Buzz selaku watak utama dalam siri animasi Toy Story 3 yang ditayangkan serentak di seluruh dunia bermula 17 Jun lalu.


Siapa tidak teruja menanti kehadiran watak animasi yang bukan saja comel tetapi turut mempunyai semangat setia kawan yang utuh.

Pengembaraan kali ini bermula dengan kerisauan Woody, Buzz dan rakan-rakan mengenai masa depan mereka apabila mengetahui Andy bakal belajar di kolej.

Andy memang sayangkan semua permainannya yang disimpan dalam kotak kayu dan tidak membenarkan sesiapa pun menyentuh kotak berkenaan.

Namun hanya Woody (permainan kesayangannya) yang akan dibawa ke kolej manakala rakan Woody dimasukkan ke dalam beg plastik hitam untuk disimpan di loteng tetapi ibu Andy tersilap menganggapnya sebagai sampah.
Dalam usaha menyelamatkan diri daripada lori sampah, mereka akhirnya termasuk ke dalam kotak permainan milik adik Andy yang hendak didermakan ke pusat jagaan kanak-kanak, Sunnyside.

Di sinilah mereka bertemu dengan rakan baru seperti Lotso, anak patung beruang merah jambu yang berbau strawberi dan jejaka kacak, Ken. Woody, Buzz dan rakan-rakan gembira kerana selepas sekian lama akhirnya ada orang yang akan bermain dengan mereka.

Namun kegembiraan itu tidak lama kerana pada hari pertama teruk mereka dikerjakan oleh kanak-kanak yang tidak tahu menghargai alat permainan

.Pada ketika itulah baru mereka tahu Lotso yang menjadi ketua di situ sudah mengubah Sunnyside seperti penjara.

Cabaran sekarang ialah untuk balik ke rumah Andy dalam masa tiga hari sebelum dia pergi ke kolej.

Bermulalah pengembaraan yang lucu tetapi mencabar. Toy Story 3 yang menampilkan suara Tom Hanks (Woody), Tim Allen (Buzz) dan Joan Cusack (Jesse) tidak sekadar hiburan kerana ia sarat dengan nilai kemanusiaan dan persahabatan yang semakin nipis.

Malah pada saat genting, mereka pasrah untuk ‘mati’ bersama apabila tercampak ke pusat pembakaran di tapak pelupusan sampah.
Seperkara yang menarik ialah cara pengarahnya, Lee Unkrich memaparkan kesungguhan dan daya juang semua watak berusaha hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan diri.

Ia juga memaparkan ‘kerinduan’ alat permainan berkenaan untuk dimain oleh kanak-kanak (kerana itulah tujuan ia dicipta) dengan cara yang baik supaya ia boleh ‘diwariskan’ kepada kanak-kanak lain yang kurang berkemampuan. Versi tiga dimensi menjadikan filem animasi ini tampak lebih hebat, segar dan hidup.
Minggu sebelum tu akak tenguk ceta Lagenda Budak Setan..akak tenguk hari Rabu sebab tiket murah….mula-mula memang best…tapi bila tiba pertengahan selepas Ayu bertukar rupa…dah tak best…pelakun baru tu tak pandai menjiwai watak..hancur..
Taklah se gah yang di war-warkan … yang geram tu …bila tenguk banyak sungguh mulut-mulut yang memekak…gelak ketawa..bunyi tel..ishhh geram tul.
Tapi akak puji jugak sebab akak suka tenguk pemandangan sepanjang perjalanan Kashyah ke tempat dia nak membuat kajian…memang cantik sungguh.

Bagi akak tak best…tak tahulah orang lain punya pendapat pulak.

11 thoughts on “Toy Story 3 Vs Lagenda Budak Setan (Sambil Makan Peterporn oppp Popcornlah)

  1. Salam Kak Ina,Terima kasih sudi lawat blog Auntie…rasanya first time Kak Ina masuk tuh…Wah!…seronok ye pergi tengok movie..Auntie tengok movie kat TV saja..dah berkurun tak masuk panggung. Dah tak sesuai punorang tua macam Auntie ni(dah nak pencen tahun depan). Tapii, tak tahu le pulak kot kot masa depan bila dah ada cucu dok teman cucu pulak tengok movie di panggung!ha!…ha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s