Kisah Jamu aka Makjun aka Ubat Tradisional

Khas untuk orang pempuan..org lelaki pi main jauh-jauhhhhh

Tubuh badanku  pegal linu hari ni…rasa malas, capek,.senga….semuanya ada ya…..  Kalau ngak minum jamu  waduh deh….sakit …

Berangan nak tulis dalam bahasa indonesia.  Tapi dah luperlah gaya bahasa dia.  Padahal kat sana dah fasih dah cakap indonesia sampaikan bila naik taxi akak mengaku akak orang Padang.

Akak terpaksa berhenti kerja pada akhir persekolahan tahun 2004 kerana nak ikut suami bertukar ke Jakarta……tapi suami dah pergi dulu masa.  Akak tekad berhenti kerja walaupun sayang,  sebab walaupun hanya guru Tabika tapi gaji dah mencecah seribu lebih..kerja senang. Masa bekerja cuma 3 jam ajer..pastu bila cuti sekolah leh lepak dengan anak-anak.  Cuma sekali sekala ajer kena gi kursus ataupun seminar.
Tapi demi sayangkan suami akak berkorban.  Bila dapat tahu akak nak berhenti dan nak ke sana..member-member sibuk suruh akak kuruskan badan bila duduk di situ.  Mereka kata kalau minum jamu terutama jamu gendong memang boleh kuruskan badan.  Bukan mereka sajer, jiran tetangga, ipar dan sanak saudara pun kata macam tu.  Chewah..berkobar-kobar semangat nak mencuber jamu gendong ni.
Tapi di sekitar apartment kat kuningan tu (berhampiran dengan Hotel JW Marriot yang kena bom tu) mana boleh penjual jamu gendong masuk.  Kalau nak jumpa ..kenalah pergi ke pasar ataupun kawasan perumahan yang banyak orang luar tinggal.  Mana boleh orang jual gendong ni masuk ke perumahan orang kaya.
 
Sebelum tu akak dah cerita,  kalau keluar ajer ke mana-mana, mesti  kena bawak bibik.   Suami tak bagi akak jalan sorang kat sana ataupun naik teksi.  Sebab boleh terkena tau..bila mereka tau kita orang luar..mereka bawak jalan jauh dan minta tambang lebih. Walaupun kat sebelah apartment ada C4..akak lagi suka pergi ke pasar tradisional…puas hati…

 Selalunya akak pergi setiap hari Sabtu bersama lagi 2 orang member.  Kami pergi naik teksi..company tak sediakan kereta.Dan kami akan pilih taxi blue bird group kalau ke mana-mana…sebab kat sana..jika naik taxi sebarangan..selalunya kena tipu.  Jadi berhati-hatilah sape yang tak pernah pergi ke sana.

Bila ajer jumpa orang penjual jamu gendong ke pasar..selalunya mereka akan berteriak..

 “Jamu…jamu..jamu Mbak , Mas….minum jamu nggak….??
macam nak terai ajer, tapi bibik tak bagi…
Ibu ..ngak usah ibu, nanti perut ibu sakit.
Sepanjang duduk situ, taklah merasa pun jamu gendong ni.  Bila akak tanya dengan bibik kalau badan kamu pegal linu bagusnya minum jamu yang mana?

Saya minum jamu di warung ajer ibu…

Apa namanya?

Dia pun takut nak bagitu sebab dia takut perut akak tak leh terima., takut nanti dia akan dipersalahkan bila terjadi sesuatu.

Orang yang berpendapatan rendah kat sana, mana  dia mampu nak gi hospital..bak kata bibik akak..
Ya ibu…sakit tu susah..uang biaya ngak ada…kami cuma minum jamu yang di beli di tepi jalan.
Lelama akak gi ajer ke C4 bersebelah apartment..dan tanya dengan penjual kat situ jamu mana yang bagus.

 Mereka pun syorkan 2-3 jenis.  Tapi akak lebih suker minum keluaran Jamu Komplit Sidomuncul…sebab ada ginseng, beras kencur dan jahe wangi. (halia).  Siap ada madu..enak dong.

Bila balik sini..akak gunakan balik keluaran tempatan..yang akak biasa makan bertahun-tahun dan kos tak sampai RM20.00 sebulan.  Biarlah orang kata ubat yang ni bagus…yang ni best…yang ni menggrip dan mengacip …tapi akak tetap setia dengan 2 jenis ubat aka jamu ni …satu berbentuk kapsul dan satu lagi berbentuk makjun.  Kena gentel dulu baru boleh telan.

Akak pun hairanlah bila dengar keluhan dari ibu-ibu muda yang baru berumur 30..an dah sakit badanlah…sakit sinilah…sakit situlah…mungkin mereka tak rajin makan benda ni kot.

Entahlah…akak tak berani nak kutuk banyak-banyak sebab anak pempuan akak pun tak nak cuba makan ubat tradisional ni…ikut petua arwah mil bila ajer pertama kali datang benda tu…dia suruh telan telur ayam kampung mentah-mentah selama 3 hari berturut-turut.  Bila tang Yana akak kena bubuh air sirap baru dia nak minum dan Ira pulak termuntah-muntah..ishhhh susah tul lah.

Camnerlah bila dah kawin dan dah bersalin…tapi sekarang ni senang..sebab dah ada macam-macam dah ubat dalam pantang…tak yah togok jamu lagi…akak dulu masa dalam hari beli jamu dari indonesia ajer..dulu-dulu mana ada orang sini jual jamu macam ni…

sekarang ni..macam-macam produk ada…harga pulak kussss semangat…tapi akak memang suker minum jamu yang rempah tu…minum hari-hari campur telur ayam mentah ataupun madu…kalau tak pun minum selang seli dengan air kopi….dalam hari badan memang boleh kurus…lepas tu nan adoooo


Ada juga ker  yang  ikut cam akak…..kalau ada sharelah apa nama benda tu…untuk kebaikan bersama kannnnnnn…….

14 thoughts on “Kisah Jamu aka Makjun aka Ubat Tradisional

  1. salam kak ina. pengalaman x blh dilupakan makan jamu, saya di sahkan bengkak hati gara2 mkn jamu nak kuruskan badan. Lepas tu dah tak berani nak mkn jamu lg.

  2. nak mkn,tpi operate.mcmna?pastu al ni rahim dah kena potong sikit.asall mkn jamu jer (yg bancuh tu)bdn panas pastu darah kaur byk gile.dah tu anak menyusu bdn takleh tido sbb pns.aii..kak,klu amalkan selepas2 tu boleh ker?berkesan tak tuk kurus?hihihhi.

  3. saya dalam pantang tak makan jamu pon, sbb jamu panas, takuttt, sbb saya preganant ada darah tinggi, jadi masih takut kot darah naik lps beranak..saya cuma ambil ubat hemopati…kak, bibik saya dulu, buah pinggang rosak, kencing kotor..doktor kata sebab orang indon ni suka makan jamu.. entahlah betul ke tak..tp bibik saya dulu mmg kuat makan jamu…

  4. saya 25, makan jamu dari umur 20..belum kawen, tp saya dapat nampak stamina saya lagi tinggi dari kawan2 lain, n period pun rilek je mcm x period n kulit saya lebih cantik dari orang lainsaya selalu makan jamu kunyit-asam-sirih oleh sidomuncul… rm5 je sekotak, beli kat pasar mlmpastu saya makan bwhitepastu saya makan hemavitonehh..banyak plak jamu saya makan

  5. Salam k.inasetiap ubat atau apa2 yang kita makan mesti ada kesan baik dan buruk bezanya cuma banyak atau sikit kesannya..pada e-na mmg bagus kalau dpt amalkan mkn jamu utk stamina dan kesihatan badan tapi perlu minum air dgn banyak sbb bila kurang air boleh mmberi effect kpd buah pinggang.E-na pun makan jamu dari anak dara sampai skrg dan kesannya setakat ini alhamdulillah tiada lenguh2 sakit badan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s