Chewy Gooey Yummy Brownies dan Kenduri Coklat

 
Akak ambil resepi ni dari  Azita dan beliau ambil dari blog Leen (Cetusan Selera). Tapi resepinya dah ubah sikit dari yang original tapi masih ikut cara Leen….rasa memang mantappp

Bahan-bahan :

  • 125 gm mentega
  • 200 gm dark chocolate – saya guna cooking chocolate biasa je
  • 3 biji telur
  • 1 ½ cawan gula kastor 
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan tepung – diayak
  • 1/3 cawan serbuk koko – diayak
  • 2 cawan kekacang cincang (pilihan sendiri) -akak letak 1 cawan hazelnut cincang dan almond cincang
Cara-cara :
  1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius. Sapu loyang 8″x11″ dengan mentega. Alaskan dasarnya dengan baking paper, biarkan ada lebih di kedua2 hujung yang panjang.
  2. Masak mentega dan cokelat dengan kaedah double-boiler sehingga cair. Masukkan gula kastor dan kacau rata. Angkat magkuk dari air mendidih. 
  3. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata. Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi. 
  4. Masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Kacau rata.
  5. Masukkan pula kekacang dan kacau rata lagi.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong & dihias dengan topping pilihan.

Topping akak buat cara akak…

Topping :
  • 250gm coklat masakan (jenama Tulip)
  • 50gm whipped cream
  • sedikit gula warna warni (ikut suker)
 Semua bahan kecuali gula hiasan  dimasak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair.  Tuangkan atas brownies dan taburkan gula warna warni dan biarkan coklat sejuk.
 Ayam terhangus sikit kat bawah…tak perasanlah…sorry yer dan

Brownies  yang akak bagi kat http://www.eyriqazz.com/2010/06/tertunailah-hasrat-di-hati.html

 sebab Gto  sudi belikan coklat masa gi bercuti ke Pulau Langkawi minggu lepas..terima kasih sekali lagi…kalau gi lagi…bolehlah belikan lagi.

14 thoughts on “Chewy Gooey Yummy Brownies dan Kenduri Coklat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s